MENCECAH sehingga 50 tan sebulan! Begitulah banyaknya barangan farmaseutikal yang dihantar kepada Kualiti Alam Sdn Bhd setiap bulan untuk dilupuskan. Barangan farmaseutikal termasuk ubat-ubatan, picagari, beg darah dan tiub serta beg air kencing itu diterima daripada syarikat farmaseutikal dan hospital swasta malah klinik dan fasiliti kesihatan kerajaan (sekiranya ada permintaan khusus) dari seluruh Malaysia. Dilupuskan atas pelbagai faktor termasuklah ubatan tamat tempoh, nyata ia masih mempunyai kaitan rapat dengan sikap masyarakat yang tidak patuh dalam pengambilan ubat seperti mana ditetapkan oleh doktor serta pegawai farmasi bertauliah. Apa yang masyarakat perlu tahu, jumlah 50 tan sebulan itu belum lagi termasuk perilaku tidak bertanggungjawab pesakit yang dengan sewenang-wenangnya membuang ubat ke dalam saluran sinki atau tandas. Credit to ;@harakahdaily #sisafarmaseutika #pharmaceuticalwaste #farmaseutika #kkm #phamarceutical (at Malaysia) https://www.instagram.com/p/CKVZgu7BOTE/?igshid=7lkz7c1p3zhk
















