Genting Highland, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1:30 jam dari penginapan di Kota Warisan, Sepang.
Setiba nya kami di checkpoint pertama di kaki Genting Highland. Tekanan udara tanah tinggi mula terasa, kami berhenti sarapan sambil bergambar di stesen minyak yang menjadi tanda aras untuk kebanyakan vloggers terkenal.
Selepas seketika berehat, perjalanan di teruskan. Destinasi seterus nya, Chin Swee Temple sebelum ke puncak tanah tinggi. Di samping destinasi, kami mengambil kesempatan mengasah tayar masing-masing di setiap selekoh. Keadaan jalan raya yang banyak kenderaan dan tanah runtuh mengehad kan aktiviti kami.
Suasana di Temple agak lengang dan kedudukan ia di lereng bukit menyebab kan deruan angin yang kuat dan nyaman di kawasan kuil.
Selepas berehat dan melawat kawasan yang memang cantik-cantik, kami bersiap pula untuk beredar. Perjalanan turun memang lebih laju dan memerlukan kemahiran mengawal tuil minyak dan brek jentera sendiri. Destinasi seterusnya, Bukit Tinggi. (Atau, betul ke?)











