Arab Saudi kata laporan serangan peluru berpandu ke atas pangkalan udara adalah tidak benar
Kementerian Pertahanan Arab Saudi berkata laporan mengenai Pangkalan Udara Putera Sultan diserang adalah tidak benar, lapor Al Jazeera. Jurucakap Mejar Jeneral Turki al-Maliki dilapor berkata, siren serangan udara yang berbunyi di kegabenoran al-Kharj sebelum ini adalah langkah berjaga-jaga selepas peluru berpandu balistik dari Yaman hilang dari radar dekat sempadan.









