ADAB MEMASUKI RUMAH BARU Meh kita share sikit tips atau adab masuk rumah baru khas buat tuan/puan yang baru beli rumah atau baru siap bina rumah mengikut cara islam. 1. AZAN - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. 2. MEMBACA SURAH AL-BAQARAH - Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW. bersabda yg bermaksud; “Jangan lah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” 3. BANYAKKAN SOLAT DAN MEMBACA AL-QURAN - Dlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah SAW. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud; “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi) 4. BACA SURAH YASSIN, AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali. 5. PAGAR RUMAH CARA MENGGUNAKAN AYAT-AYAT AL-QURAN - Caranya dengan dengan membaca surah yasin kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, renjis keliling rumah dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru dalam rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam. Membaca ayat kursi semasa merenjiskan air tersebut. Air jampi yang telah di bacakan ayat-ayat al-Quran mengandungi gelombang yang laju dan sangat tak di sukai oleh syaitan dan jin kafir. #SELAMATBERAMAL 😊 kredit: islamic stuff #raysjimi #realestateagent #perumahandanhartanahkelantan #adabmasukrumah #rumahbaru #inforumah #pengetahuan #caraislam #property #malaysia #kelantan #kotabharu #jualbelihartanah #mampumilik (at Perumahan & Hartanah Kelantan) https://www.instagram.com/p/CJ-RpU6lbCo/?igshid=r8dn0mz1tp7j















