Venice, Italy 💕
Monterey Bay Aquarium
we're not kids anymore.
Show & Tell
i don't do bad sauce passes

#extradirty

祝日 / Permanent Vacation
ojovivo
No title available
Claire Keane
Game of Thrones Daily

Origami Around
he wasn't even looking at me and he found me

ellievsbear
h
Mike Driver
hello vonnie
AnasAbdin
Xuebing Du

Kaledo Art
Lint Roller? I Barely Know Her
seen from Germany

seen from United Kingdom

seen from Australia

seen from United States

seen from United Kingdom

seen from United States

seen from Türkiye

seen from Australia

seen from Sweden
seen from Singapore

seen from Chile

seen from Belgium

seen from Türkiye

seen from Germany
seen from United States

seen from United States

seen from Australia

seen from United States
seen from United Kingdom

seen from United Kingdom
@2a9890z-coordinate
Venice, Italy 💕
DARI KOTA IKONIK KE KOTA CINTA GONDOLA VENEZIA, ITALY
Venezia atau Venice dalam bahasa inggerisnya adalah sebuah kota yang secara keseluruhannya berada di atas air iaitu di atas lautan Adriatic, ianya juga dikenali sebagai kota cinta Italy. Perjalanan menaiki kereta api dari Kota Rome kesini mengambil masa 2jam 45min. Bandar kecil yang juga central di sini dikenali sebagai Piazza San Marco dan disini juga terletaknya rumah Marco Paolo (siapa dia? sila google) .
Pengangkutan utama bagi kota cinta ini ialah Water taxi, charter private boat atau gondola dan selebihnya anda perlu berjalan kaki melalui lorong lorong di celahan bangunan untuk sampai ke destinasi atau tempat tinggal, ada juga hotel yang tidak mempunyai laluan darat, jadi anda harus menaiki private boat untuk ke situ dan lobby hotelnya di atas air. Menakjubkan bukan? (sangat, tapi buat yang tak pandai berenang anda mungkin akan terasa terancam). Ticket utuk water taxi atau tour bolehlah dibeli di station keretapi. Harga ticket untuk water taxi for 6 person dalam 125euro.
Harga bagi makanan dan barangan souvenir disini agak mahal berbanding di Rome dan Florence. Untuk yang bertanya soal makanan halal disini, jangan risau disini ada makanan halal, tetapi kebanyakkanya kebab yang dijual oleh orang Iran.
Disini tiada apa yang istimewa selain dari gondola, harga untuk naik gondola untuk 30min adalah 150euro bergantung pada pengayuhnya, tapi aku dapat 45min 140euro selepas mengayat pakcik tua itu dengan puisi indah italiano.. ehh hehe, Jadi anda kena pandai lah dalam tawar menawar. Pengalaman naik gondola, tiada lah yang indah selain ada laluan laluan yang sharp untuk aku tangkap gambar, selain itu juga laluan gondola juga akan melalui rumah rumah sejarah antaranya Marco Poalo, Bekas menteri italy dan seterusnya.
Untuk pengetahuan korang, Venice nie tidak lah sebersih yang disangka, laluan air yang dilalui oleh gondola gondola ini semuanya kotor dan berkarang (sumpah geli) tapi disebabkan bangunan bangunan yang terbina semuanya cantik cantik belaka jadi kekotoran itu dapat ditutupi dengan halus.
Masa aku dekat sini tak lama pun, sebab esoknya aku dah nak gerak pergi Swiss dari Milan, dan aku akan balik ke Rome dari sini, kerana ini hanyalah pit stop tanpa bermalam. Jadi inilah sebahagian cerita kota cinta yang digembar gemburkan, JOM GERAK KE SWISS!
Love,
A’zamir. H
Florence, Tuscany Italy ❤️
DUIT TIPIS DAN KARYA IKONIK KOTA FIRENZE, TUSCANY, ITALY
Perjalanan ke kota Florence atau lebih dikenali sebagai Firenze dlm bahasa Itali mengambil masa 1jam 45min atau tolak tambah dalam 2jam dari kota Rome. Kami bertolak dari kota Rome seawal 7.15am dan akan tiba di station Firenze Santa Maria pada pukul 9am. Pembelian ticket train boleh dibuat melalui online, dan harga bergantung pada musim, dan ticket yang aku beli nie, aku beli online 2 weeks before aku fly ke italy. Harga ticket masa nie 40euro. (janganlah kali,memang mahal laa)
Keadaan di station Firenze Santa Maria, sangat sibuk menjelang pagi dan petang kerana ini ada salah satu pengangkutan utama yang akan bawa mereka ke kota kota utama seperti Rome dan Milan. Kebanyakkan mereka duduk diluar kawasan bandar disebabkan taraf hidup di bandar sangat mahal.
Firenze atau Florence dikenali sebagai salah satu kota “home to many masterpieces of Renaissance art and architecture”, dan ternyata benar, seni ukiran dan sculpture mereka sangat halus dan menakjubkan.
Salah satunya bangunan yang dikenali sebagai Duamo Cathedral atau caphel, ianya dibina oleh dua orang engineer dari Dome, dengan menggunakan terracotta-tiled yang di design khas oleh mereka, design bangunan dan menara loceng yang berada di bangunan ini di ukir dan dibina oleh dua orang yang berbeza.
Firenze juga dikenali sabagai syurga duniawi untuk mereka yang suka membeli belah barangan kulit, ini kerana pembuatan handbag, kasut, belt kulit dan sebagainya dibuat dari 100% kulit lembu, kambing dan kerbau. Bagi yang bertanya “katsana tak ada kulit khinzir ke?” ohh semestinyaa adaaaaa! akan tetapi, penggunaan kulit khinzir agak kurang diterima kerana kulitnya kurang baik untuk dijadikan barangan.
Yea duit akan tipis pabila kau disana! haha.. tetapi dengan pemandangan yang indah dan melihat karya unik peninggalan micheal angelo “david” itu adalah memori dan kepuasan yang sangat ukar digambarkan.
okay sampai sini sahaja cerita aku ke florence, gambar di post atas okay..
Love,
A’zamir. H
CAIO KOTA ROMA, ITALI
Kota Roma atau lebih dikenali sebagai ROME, Italy, sebuah kota yang indah bagi aku, penuh dengan rasa romantis dan kehidupan budaya yang santai tenang, dan lebih menarik kebanyakkan penduduk tempatan disana lebih friendly dan sangat ramah walau mereka kurang dari segi untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris. tetapi mereka sangat membantu dan bagi aku senang untuk aku faham dan mencari tempat-tempat menarik disana.
Kota Roma jugak dikenal sebagai kota Metropolitan dan salah satu ibukota terbesar di daerah lazio, Italy. Disini jugak terletaknya tempat-tempat menarik dan sejarah-sejarah menarik pada zaman dahulu, antaranya perebutan kota vatican dan kerajaan turkey.
Ini adalah salah satu bangunan yang ada di kawasan parliament building. sebelum sampai ke coliseum. Kawasan bandar rome sangat bersih dan teratur.
dan souvenior shop sepanjang jalan ke coliseum.
natural homemade tiramisu yang terbaik abad ini penah aku rasa, dan paling terbaik ialah kedai jual benda alah nie hanya di bawah studio house yang aku stay.
Untuk korang yang tertanya-tanya macam mana aku boleh cari studio house atau apartment yang ada segala keperluan dan terletak di tengah bandar Rome, aku hanya gunakan apps AIRBNB, bagi aku ianya mudah dan senang untuk deal, harga mengikut masa ( holiday season, christmas season, easter season dan etc) untung boleh dapat murah dan fuhhh segala keperluan di dalam apartment tu ada dan yang paling utama boleh memasak untuk memudahkan kita mendapat makanan yang halal. (perghh muslim sejati baii! haha kau jangan buat main bab makanan halal haram nie, boleh terjejas kesihatan dan iman kita nanti, so take noted okay gais!)
aku stay di apartment Piazza Navona, studio 2 bilik, yang terletak di Via Del Governo Vecchio, dekat dengan museum of rome, vatican city, trevi fountain dan lain2, senang cerita memang tempat famous, rezeki aku laa sbb sebenarnya aku main hentam jer tak tengok maps pun, kiraan aku hanya search maps around the area (nearby) sbb bila sampai satu tempat aku lebih suka explore dari gunakan tour guide dan aku lebih senang bercakap dengan local people.
Harga untuk 3 malam, RM2153, so satu malam dalam RM717.66. Kau nak murah lagi boleh stay tepi jalan dan backpackers okay! Berkenaan pengangkutan, hmm aku banyak berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat, sbb aku rasa lebih puas hati, alah sesat boleh guna maps, dan yang utama korang kena standby for better or worst, dan sentiasa utamakan keselamatan masing-masing dan jangan panik! enjoy the view, dan yang penting catat alamat dan number embassy bila keluar negara. Tapi untuk memudahkan korang, orang sana kebanyakkanya gunakan uber apps, lebih mudah, dan bila kita swipe guna kad kredit atau visa debit, kita boleh dapat diskaun!!! lebih murah!!
Untuk pengetahuan dan tips korang yang nak pergi sana, tolong standby bawak makanan dari sini, sbb dekat sana ada restaurant halal tapi jauh, nanti aku share restaurant halal tu dekat mana, beriyani dia terbaik!! dekat sana susah sikit dapat makanan halal, tapi korang boleh jer rembat veges and other things yang natural ingredient, dan korang kena dan wajib try ini...
paling famous dan terbaik!!! Gelato ice cream!! nie pun bawah studio tempat aku stay!! hahaha.. power tak aku duduk tempat yang korang boleh dapat makanan famous sekali!!, sebelah kedai ni ada kedai pizza famous jugak.. tapi aku tak ingat nama dia apa!.. tapi gelato nie paling famous di kota Rome!
so guess this the last point for rome story! next kita ke Florance pulekkk!!! stay tuned gaiss!! enjoy Rome!!!!
Love,
A’zamir. H
#MYEUROPETRIP #ITALYSWISSFRANCEUK #ROMEITAL
Short getaway with roadtripsquad 💕Melaka!
#4th & LAST ON SIEM REAP, CAMBODIA TRIP!
Okay kami dah nak balik!! so here you go, itulah trip kiteorg untuk 3 hari 2 malam, penat tapi sangat puas dan best!
oh tak lupa jugak nak bagitahu, untuk masuk ke ANGKOR WAT TEMPLE, korang perlu bayar yea, dalam 25usd untuk 1 day! dan dia ada juga package untuk 3 hari. and ni harga november 2016 yea, dan dengar cerita harga untuk 2017 dh dinaikkan, korang boleh check dulu okay.
alright that’s all for this trip!! selamat berjalan ke sana!!
#3rd ON ANGKOR WAT SIEM REAP CAMBODIA ACTIVITIES
OKAY ON THE NEXT DAY KITEORG TAPAU ANGKOR WAT TEMPLE.
BANGUNAN SEMUA UNIK
INI TEMPLE TA PHROM TEMPAT SHOOTING CERITA TOMB RIDER
INI WAR MUSEUM
DAN AKHIR SEKALI KITEORG PEGI NIGHT MARKET.
#2nd ON SIEM REAP, CAMBODIA ACTIVITIES
AIRPORT SIEMREAP.
WE ARE ARRIVING!!!
Kiteorg terus ke tempat buat kain sutera, and dekat sini kita boleh tengok ulat sutera yang masih hidup dan macam mana proses untuk buat sutera.
okay ini CAMBODIA CULTURE VILLAGE.
dekat sini kita boleh tengok adat dan salasilah kehidupan masyarakat cambodia.
dan untuk yang betanya kami makan dimana, okay dari hari 1st sampai lat day kami makan dekat keai nie, HALAL dan diusahakan oleh orang islam acheh yang dh lama menetap di siem reap.
ini salah satu menu special kat sini, nama dia lembu naik!
dan ini view bilik kiteorg! so korang boleh agak kan mcm mana bilik dia.. hehehe gambar bilik lupa nak amik sebenarnya.
ANGKOR WAT, SIEM REAP CAMBODIA
Alright, dah habis tengok gambar and video kan? Sekarang iolls nak update bajet dan jadual kesana. Ini secara see through okay?! Sebab ini i pegi tahun lepas on November 2016, lupa nak update sebab busy sangat. And lepas nie ada a few update on my next travel so stay tuned! Trip ke siem reap nie tak dirancang pun, tapi disebabkan my bestfriend tgk airasia ada ticket murah dan tengah sale so dengan selamber beli ticket and guess what?? Package yang kiteorg ambik nie includes with hotel!!! Harga ticket dalam RM110++ pegi balik and hotel dalam RM100/day, and for your informations iolls pegi bertiga.. so kalau kira and sharing trip nie habis dalam RM350 includes all (ticket,hotel,pengangkutan dan makan) Untuk harga pengangkutan pula, untuk 3 hari 2 malam, selepas dinego aku dapat dalam 45usd, (kena kira ikut rate duit skrg yea, and lagi satu siemreap pakai usd yea) cadangan aku bila korang nak pegi sana naiklah tut tut.. much more easier, sama macam dekat thailand, tapi dekat sini pakai motor.. boleh muat 4 penumpang tanpa bagpack.. And lastly for the 1st post nie, kiteorg bawa duit poket dalam RM500 sorang.. bila tukar USD dapat dalam 200usd.. Nanti iolls sambung on the 2nd post about our activity alright!
Siem Reap Cambodia
Angkor Wat Temple, Siem Reap Cambodia.
Tengok gambar dulu okay.. nanti rajin iolls update trip budget and itinerary alright? Here you go Siem Reap, Cambodia
Tapau angkor wat
Continueeeeeee....
18 Oct 2015 Sun
8am - Sarapan di Transfer Road Penang, roti canai ayam and daing banjir!
10am - Pergi chowrasta, cari jeruk untuk bawa balik KL.
11.30am-1.30pm - balik dan ready untuk packing barang dan kemas rumah
2pm - Bersiap nak balik
3pm - Bergerak untuk lunch dan balik ( okay tujuan nak lunch dekat nasi 7 benua yg viral tu, tapi tak ada rezeki kami, sbb kedai 7 benua tutup, so tukaq plan laa apalagii..kami selalu ada backup plan.HAHA)
3.30pm - Kiteorg pi pekena laksa dan cendol tempurung dekat Teloq Kumbar. OPCOSSS! TERBAIKKKK!!!!
5pm - Bergerak dari Penang ke Ipoh.
8pm - Sampai Ipoh dan dinner di Thumb’s Cafe ( cafe hipster abad ini)
10pm - Bertolak balik ke KL dari Ipoh.
sampai KL pukul 1am,19 Oct 2015 Mon. THE END.
p/s: on part budget rm300 sorang tu, balik tu ada baki dalam RM280++ so kiteorg bahagi balik baki tu.. so dapat dalam Rm28 sorang. so budget yg sebenar dalam RM280 JER UTK SEORANG.
===========================================================
*Itulaaa details dan ceritanya, aku tak adalah cerita details sangat part riadah riadah kecil dekat sana sbb mcm terlalu banyak, so aku cerita yg penting2 dan bajet masa.
Sebarang pertanyaan tentang bajet dan mcm mana kiteorg boleh jumpa tempat tu, boleh DM,WHATSAPP,EMAIL DAN ETC.
Buat Jemaah Clingy ( Mimi, Itah, Nash, Salad, Ajiel, Apis, Aie, Kammy & Fareez) terima kasih dan ampun maaf dipinta dari hujung rambut sampai hujung kaki andai aku ada terkasar,tersakat lebih,terbahan over kerss.. sesungguhnya yg buruk sentiasa datang dari kita dan yg baik hanya dariNYA.
Alright gaiss! sampai sini jelah dulu yea, wait for the next event yang dihandle oleh kiteorg nie yea. BYEEE!!!!
Sekian, HEROIN.
P/s: sorry carca marba sikit, aku menaip dalam gelap pukul 4am ok. nanti kalau rajin aku edit. Bai!!
Hi gaiss!
Okay here we go the road trip photo yang sempat amik! maaf lambat upload iolls sibuk sangat laaaaaaaa...... -___-”
Back on the trip story, ramai yang tanya aku about this trip plan, baiklah aku cerita yea. Sebenarnya tujuan asal nak pergi ke Royal Belum Grik, tapi tak jadi sebab package yg kiteorg nak amik tu untuk 25org paling min, yg nak pergi hanya 10org, so kiteorg buat backup plan pergi roadtrip utara (in any trip plan tak kira laa korang redah or on planning korang mesti kena ada backup plan, ini pendapat aku sbb takdelah kecewa sangat kalau tak jadi kannn), alright nanti details aku cerita pakai point ok?! Aku pergi 10 orang untuk roadtrip nie, actually kiteorg nie tak pernah laa travel sekali, nak kata rapat tu hmm pun tak jugak, cuma kiteorg dah kenal lama dari sekolah rendah itu yg disebabkan bonding tu mcm sangat kuat dan padu. But trust me, “WHEN YOU TRAVEL WITH YOUR BEST BUDDIES, YOUR BONDING GETTING STRONGER”, YUPP!! that’s true bro!!. The best part our bonding and friendship become very stronger each day. Haaaaa.. dah dah.. okay ready nak cite details dh nie.. enjoyyy reading gaiss!!
===========================================================
BUDGET - Budget sorang kiteorg letak dalam RM300 seorang. 300x10 = Rm3000 (budget nie termasuk sewa van, minyak,tol,makan untuk 3 hari, so kiteorg dah tak keluar duit sendiri untuk makan tu) P/S: On part budget rm300 sorang tu, balik tu ada baki dalam RM280++ so kiteorg bahagi balik baki tu.. so dapat dalam Rm28 sorang. so budget yg sebenar dalam RM280 JER UTK SEORANG.
TEMPAT TINGGAL - Part nie kiteorg dah save budget sebenarnya sbb Uncle Ajiel ada private apartment kat Penang, so kiteorg lepak sana jer.
PENGANGKUTAN - Kiteorang sewa van untuk 14org penumpang. Nama van tu jinbei tak silap, boleh google nanti. untuk 3 hari sewa orang tu bagi RM800, kalau hantar lewat dia kira ikut jam, sejam dalam RM20. ( malam tu kiteorg hantar lewat, so kena dalam RM830). P/S: kiraan secara genap dan rawak yea.
===========================================================
Itinerary:- UTAGHAAAA, 4d3n.
15 Oct 2015 Thurs,
10:00pm - Bertolak ke Penang
16 Oct 2015 Fri
2:00am - Penang ( rest and sleep well )
7am - Bertolak ke Alor Star
9am - Sarapan nasi lemak Royal
11.30am - Di immigration Thailand untuk masuk Danok ( sempadan )
12.30pm-5pm - Masuk danok and start the activiti, berjalan,berurut, makan tengah hari and beli souvenir (kacang,pulut mangga,pulut ayam,teh ais thailand,greentea thailand,etc) untuk family dan sendiri-sendiri shj.
5.30pm - Berkumpul dan berjalan ke immigration, sampai ke kereta.
6.00pm - Singgah masjid di kawasan Bukit Kayu Hitam untuk solat asar dan bergerak balik ke Penang.
9.00pm - Sampai Penang ( time nie semua dh melepet kepenatan) kiteorg stop jap dekat uptown Butterworth
10.30pm - Dinner dekat Tanjung Bunga Penang.
11.30pm - Balik apartment and rest.
17 Oct 2015 Sat
7am - Sarapan
8.30am - Di Bukit Bendera
12.00pm - Turun dan bergerak ke Line Clear untuk Lunch
12.30pm - Sampai Line Clear, tapi kiteorg beli bungkus and makan kat rumah. ( sbb semua letih lagi )
1.30pm - Sampai, solat dan hidangkan makanan untuk lunch.
2.30pm - Rest sekejap.
3.30pm-6.30pm - Aktiviti riadah,swimming, main game baling selipar tepi pantai. ( tapi aku tak ikut aku tido dalam bilik.. HAHAHA )
7.00pm - Siap untuk solat maghrib berjemaah dan jamak terus untuk i’sya.
8.30pm - Dinner time, nie kiteorg pegi pekena char kuey teow dekat Sg. Dua. TERBAIKK!
10.00pm - Balik ke apartment tapi kiteorg singgah beli pasemboq! dekat pasemboq menari tu.
11.00pm - Sampai dan melepak and rest.
To be continueeeeee...... tgk kat next post naa untuk last day.