Semalam viral ttg isu Siti Kassim tempelak Ain kerana pakai tudung dalam poster satu acara. Ain balas semula dan sekolahkan Siti Kassim kerana menilai berdasarkan penampilan, bertentangan dengan perjuangannya selama ini. . Just nak kongsikan, poster acara ini sebenarnya dianjurkan oleh sekolah anak saya A’aff, iaitu Khadijah Learning Centre sempena nama Khadijah r.a. Isteri Rasulullah saw. Motto sekolah ini adalah ‘Building Strong Women, One Girl at a Time. Bertepatan dengan ciri keberanian Ain menyuarakan kebenaran. . Sekolah ini sekolah swasta all girl school yang terletak di Taman Tasik Titiwangsa. . Sekolah ini diasaskan oleh Zahirah, pengasas I Luv Quran. Dengan kejayaan I Luv Quran beliau mendapat geran SUPERB Teraju dan sekolah ini menjadi penerokaan baru beliau. . Saya bersyukur sekolah ini diwujudkan kerana banyak membantu A’aff adaptasi selepas pulang dan sekolah di Liverpool, UK. Sekolah ini tak sama seperti sekolah lain, termasuk kebanyakan sekolah swasta. Saya tak pernah dengar A’aff mengeluh tak mahu ke sekolah kerana setiap hari merupakan satu pengembaraan baru yang meyeronokkan. . Sebelum pandemik melanda mereka turut adakan kelas menunggang kuda buat para pelajar. Mereka juga belajar memasak, kraf dan banyak lagi aktiviti sampingan selain akademik. . Namun sekolah ini masih bertatih dan memerlukan sumbangan ramai pihak. Sekiranya anda ingin membantu dan memberi sumbangan bolehlah layari https://khadijahlearningcentre.org/impact/ (at Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur) https://www.instagram.com/p/COrHtVCJDJC/?igshid=vnt2rl8en7rp