Aku tahu jodoh pertemuan ajal maut Allah sudah tentukan, tapi percayalah tiada satu orang manusia pun yang inginkan perpisahan. Bila terlalu sayang, maka kita akan jadi takut untuk setiap kehilangan. Aku tiada pilihan. Kalau aku diberikan peluang, hanya satu yang aku inginkan iaitu, aku nak kau selalu ada dengan aku. Disaat susah, senang, sakit, mahupun sihat. Aku inginkan orang yang aku sayang bersamaku. Tapi aku pasti setiap dalam hidup kita berlaku ada hikmah. Bahkan perpisahan kelak bukan kita yang inginkan tapi itu semua adalah ketentuan Yang Esa













