Setiap hari 5 orang kanak kanak disahkan menghidapi kanser di Malaysia.Bagi negeri negeri Wilayah utara 10 orang kanak kanak disahkan menghidapi kanser setiap bulan dan angka ini terus meningkat.Setiap tahun 5000 kanak kanak kanser mendapatkan rawatan harian di ACC Hospital Pulau Pinang.Ini adalah angka reality yang didedahkan pakar ketika lawatan YB Timbalan Menteri kesihatan baru baru ini.Disebalik angka angka ini tiap keluarga sedang berjuang demi kesinambungan insan insan yang mereka sayangi.Ibu dan Ayah bagai dilontar kelaut dalam bilamana mengetahui anak kesayangan menghidapi kanser.Namun perlahan lahan mereka bangun berjuang ,bertatih dan berjalan serta kembali dengan penuh pengharapan agar kesembuhan total menjadi milik anak sepenuhnya.Banyak rintangan dan ’ hurdle ’ yang perlu dilalui.Kebiasaan kehidupan kadangkala perlu diubah untuk memastikan anak mendapat keselesaan sepenuhnya.Pengorbanan dan ubah suai dari pelbagai segi dilakukan hingga menemukan titik kebahagiaan.Salute buat Ibu & Ayah kanak kanak kanser.Sempena Hari kanser sedunia FOCCAN mengucapkan tahniah atas keberanian dan ketabahan anda sekalian..Biar dalam seperti lautan namun Kita tetap bangun dan unggul seperti unggu itu.
https://www.instagram.com/p/B8JURfiFVox/?igshid=4njn0ebizozv