Apa itu ADVANCED SAFETY ASSIST (A.S.A)?
Ada 2 version (HANYA ADVANCE SAHAJA):-
1) 2.0- PERODUA ARUZ & AXIA (BARU/2019)
2) 1.0- PERODUA MYVI
Apa fungsi A.S.A ?
Pre Collision Warning (PCW) atau Amaran Sebelum Pelanggaran. PCW memberikan amaran bila perlanggaran akan berlaku. Ini dilakukan dengan membunyikan buzzer dua saat sebelum perlanggaran akan terjadi. Cuma perlu ingat, sistem PCW beroperasi pada kelajuan antara 4 ke 30 kmsj sahaja, sama seperti sistem-sistem sama seperti ini pada jenama lain.
Pre Collision Braking (PCB) atau Brek Sebelum Pelanggaran. Jika pemandu masih tidak berbuat apa-apa selepas buzzer berbunyi (panik atau tertidur atau pengsan), PCB akan mengambil alih Myvi 2018 dan menggunakan brek bagi menghentikannya secara automotik, sebelum ia mencium kenderaan di hadapan.Sebenarnya, PCB ini mempunyai dua peringkat, di mana epringkat pertama ia akan membrek secara perlahan 1.3 saat sebelum perlanggaran dan brek kuat pada 0.8 saat sebelum perlanggaran.Jika kelajuan kenderaan di bawah 20 kmsj, perlanggaran akan dapat dielakan terus, insya Allah. Jika kelajuan berada di antara 20 -30 kmsj, kadar kerosakan mampu diturunkan.
Front Departure Alert (FDA) atau Amaran Kenderaan Hadapan Bergerak ke Depan. Semasa menunggu lampu merah atau di dalam kesesakan lalu lintas, ramai akan terus menggunakan masa itu untuk memeriksa henfon. Sistem FDA memberikan satu bunyi buzzer Beep bila kereta di hadapan anda mula bergerak. Sebenarnya di Kuala Lumpur, ini tidak begitu perlu kerana kenderaan di belakang akan bunyikan hon bertalu-talu bila lampu isyarat sudah bertukar kepada hijau atau kereta di hadapan sudah mula bergerak.
Pedal Misoperation Control (PMC) atau Kawalan Tersalah Tekan Pedal. Fungsi ini berguna apabila anda tersalah tekan pedal pendikit bila kereta sedang parkir dan di dalam gear.Sistem mengesan dinding di hadapan dan bila pemandu tertekan pendikit, sistem ASA akan mematikan kawalan pendikit dan kenderaan tidak akan melompat dan menghentam dinding di hadapan.
INGAT ! Selepas tiga kali brek kecemasan diaktifkan oleh ASA, pemandu memang dalam keadaan yang tidak sesuai langsung untuk memandu dan enjin kereta perlu dimatikan untuk meng-reset kembali ASA ! A.S.A dicipta untuk safety kita, tapi kalau saja-saja nak test-test A.S.A tidak digalakkan..boleh mengundang kerosakkan pada A.S.A nanti. Terima kasih. Cc: paultan& cereta














