New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sukan/2014/07/29/azizulhasni-berhasrat-lelong-pingat-gangsa/
Azizulhasni berhasrat lelong pingat gangsa
Jaguh pecut berbasikal negara, Mohd Azizulhasni Awang berhasrat melelong pingat gangsa acara keirin yang dimenanginya pada Sukan Komanwel ke-20, untuk didermakan kepada badan-badan kebajikan.
Mohd Azizulhasni mengakui sudah tiba masanya beliau kembali berbakti kepada masyarakat yang sentiasa memberikan sokongan serta dorongan untuk terus berjaya dalam sukan berbasikal.
“Selepas selesai Sukan Asia di Korea Selatan pada September nanti, saya harap ada pihak tampil membantu saya untuk buat lelong pingat ini.
“Bagi saya, ramai pihak membantu dalam meningkatkan kerjaya saya, seperti kerajaan, penaja dan juga media.
“Kini saya mahu berbakti kepada masyarakat, terutamanya kepada rakyat Malaysia yang lebih memerlukan, tidak kira bangsa dan agama,” katanya kepada media, pada Selasa.
Atlet dari Terengganu itu meraih pingat gangsa pada Ahad, di Velodrom Sir Chris Hoy, Glasgow.