New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/22/remaja-yatim-piatu-maut-dibelasah-lima-lelaki-diberkas/
Remaja yatim piatu maut dibelasah: Lima lelaki diberkas
Polis hari ini menahan lPolis hari ini menahan lima lelaki disyaki
terlibat dalam kes bunuh seorang remaja di premis mencuci kenderaan di Lebuh
Carnarvon di sini, malam tadi. malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, SAC Datuk Mazlan Kesah berkata, lima lelaki berusia antara 27 hingga 51 tahun itu ditahan di sekitar Bukit Tengah, Jelutong, Bandar Baru dan Air Itam.
“Kesemua mereka ditahan dalam operasi khas bermula jam 2 pagi hingga 9 pagi ini,” katanya ketika dihubungi agensi berita Bernama.
Kesemua mereka akan direman petang ini, katanya.
Dalam kejadian jam 7.30 malam tadi, Muneeswaran, 16, pekerja di premis mencuci kenderaan tidak berlesen itu ditemui mati dengan kesan lebam dan berbirat di seluruh badan.
Polis turut menemui kerusi plastik yang telah patah dan kabel elektrik sepanjang 0.9 meter disyaki digunakan untuk membelasah Muneeswaran yang merupakan anak yatim piatu di bawah jagaan rumah anak yatim persendirian di Jalan Scotland di sini.
Mangsa dikatakan telah mencuri sesuatu daripada majikannya dan polis sedang menyiasat berapa lama remaja itu telah bekerja di situ kerana dia masih di bawah jagaan rumah anak yatim persendirian berkenaan.