Dataran Kertas - Suara Jiwa
Kelip-Kelip Light The Night 6
Light The Night ialah sebuah acara tahunan anjuran komuniti Generasi Islam Gempak atau GIG. Bermula tahun 2014 di Kuala Lumpur, dan di 2015 di Ipoh pula sehingga ke hari ini. Tujuan sebenar Light The Night untuk menyatu kembali atau “unite bersama kawan-kawan dengan menyakan satu acara, sambil mengutip sumbangan buat yang memerlukan.
Light The Night di City Of Love
Bermula di Ipoh pada tahun 2015, diadakan secara kecil-kecilan di Gerbang malam Ipoh, dengan aktiviti busking sambil menyediakan tabung sumbangan. Acara murni ini meningkat dari tahun ke tahun dari segi bantuan dari rakan-rakan, dan diadakan di tempat yang berbeza, seperti di Tapak Parking Tesco Extra seiring bersama Lokal Goes Raya, kemudian beralih ke Tapak Foodtruck Meru Raya pada tahun 2018, dan untuk tahun ini di Taman Kanak-Kanak.
Tahun 2019, Light The Night sudah mencapai usia keenam tahun penganjurannya. Diadakan pada tarikh 25 Mei bersamaan pertengahan bulan ramadhan, bermula seawal jam 5 petang sehingga 11 malam. Aktivit yang diadakan adalah bertemakan amal, iaitu majlis berbuka puasa,solat maghrib, tarawikh berjemaah, agihan makanan, dan pemberian sumbangan untuk anak-anak yatim dari (Pertubuhan Anak-Anak Yatim),Autism dan Program Khidmat Masyarakat.
Bagi menghidup dan meraikan suasana, Light The Night 6 diserikan lagi dengan persembahan nasyid adik-adik dari ‘Pertubuhan Anak-Anak Yatim’, dan persembahan dari Kufya Band dan The Birdhouse, juga dirancakkan dengan persembahan dari wakil Brit-Pop band terkenal dari Ipoh; ‘Heri dan Fizan’ dari Bittersweet, Sebagai penutup acara murni malam itu.
Menurut ketua penganjur Light The Night 6, saudara Ayap dari GIG IPH, tahun ini agak kurang memberangsangkan, tetapi hasil dari sumbangan dan bantuan rakan-rakan, Light The Night 6 berjalan dengan lancar sehingga selesai program.
*Gambar dari Saudara Sabri Safee
‘Kepala’ bagi acara Light The Night 6 ; Saudara Ayap, berharap di masa akan datang dapat menarik banyak lagi sukarelawan dari pelbagai pertubuhan atau kelab untuk turut serta dalam aktiviti Light The Night atau seperti ini, disamping dapat membuat lebih banyak aktiviti bertemakan amal. Dan sentiasa mengalukan bantuan berbentuk dana dari badan Kerajaan, NGO dan sumbangan orang ramai bagi meringankan beban dan menjayakan aktiviti murni seperti ini.
*Gambar dari Saudara Sabri Safee