Israk & Mi'raj : Episod 13
Alhamdulillah, all praises due to Allah, dengan kurniaNya, nikmatNya, dapat kita sambung episod kali ni. Agak sedih sebab dah nak sampai penghujung. Episod kali ni kita bincang pengalaman Rasulullah SAW bertemu dengan Tuhan sekalian alam iaitu Allah SWT.
Bila bercakap pasal Nabi Muhammad berjumpa Allah, timbul satu persoalan. Adakah Nabi Muhammad SAW betul-betul nampak Allah SWT? Seperti yang kita semua tau kan, mana ada orang pernah tengok Allah. Nabi Musa AS dulu pon pengsan masa Allah baru nak tunjuk zat-NYA.
Ada 2 pendapat dalam kes ni, 1 group cakap Nabi Muhammad tak nampak Allah, 1 group lagi lak cakap Nabi SAW memang nampak Allah.
Antara yang mengatakan Nabi Muhammad SAW tak nampak Allah adalah seperti Saidatina Aisyah & Abu Hurairah. Ni based on hadith Nabi sendiri bila ditanyakan bagaimana rupa Allah;
"Hanya cahaya. Mana mungkin aku melihat Allah, sebab cahaya Allah sangat-sangat hebat."- riwayat Imam Muslim.
Imam Ahmad, Abu Hassan Ashaari & Imam Nawawi adalah antara golongan yang yakin bahawa Rasulullah SAW nampak Allah SWT. Setengah kata Rasulullah nampak dengan mata, setengah lak kata nampak dengan hati dan setengah pendapat lak kata Nabi nampak Allah dengan cara lain sebab mata manusia ni tak buleh nak tengok Allah direct.
Betapa mulia nya Nabi kita Nabi Muhammad SAW sebab baginda ja yang pernah jumpa Allah. Even Jibrail AS pon tak pernah kot. Bukti?
Nabi SAW : Pernahkah engkau melihat Allah?
Jibrail AS : Antara aku dan Allah terdapat 70 lapis hijab, jikalau aku melihat lapisan yang paling luar pun, nescaya aku terbakar.
Buat apa Rasulullah pi jumpa Allah? Apa tujuan Israk Mi'raj ni? The main point of this journey is Prophet Muhammad PBUH mendapat perintah mengerjakan sembahyang 50 waktu sehari semalam. Bayangkan betapa pentingnya perintah solat ni sampai Nabi naik ke langit untuk dapat perintah ni. Ibadat2 lain semua dapat masa kat bumi ja kan. *marilah jaga solat kita ea.
Lepas dapat perintah sembahyang 50X tu, Nabi pon turun la nak balik ke bumi kan. Bila sampai langit ke-6, jumpa Nabi Musa AS.
Musa AS : Apa yang telah diwajibkan Allah kepada umat kamu?
Nabi Muhammad pon habaq la kata Allah suh sembahyang 50 waktu.
Musa AS : Kembalilah kamu kepada Allah dan mintalah peringanan. Dahulu aku telah menguji Bani Israel dan ternyata mereka tidak mampu.
Nabi Muhammad pon naik la balik jumpa Allah mintak peringanan. Turun balik, jumpa Nabi Musa AS, benda yang sama Nabi Musa pesan. Daripada 50 jadi 40, pastu kurang jadi 30, 20, 10 n last sekali jadi 5 waktu sehari semalam.
Sebenarnya masa dah tinggai 5 waktu ni pon Nabi Musa AS suh Nabi Muhammad naik lagi mintak kurang sampai Rasulullah SAW dah malu dengan Allah. Tapi Allah janji pahala 5X semayang sama amcam 50X. Grand kan? *masih jugak kadang-kadang tertinggai kan.
Selesailah kisah Mi'raj kita. Jom singkap apa pulak yang terjadi masa Nabi Muhammad nak balik. Seperti biasa, turun balik semua langit tu, sampai ke langit dunia. Pastu turun lagi ke baitulmaqdis. Nabi Muhammad naik buraq untuk pulang ke Mecca.
Masa ondaway tu, Nabi Muhammad ada jumpa rombongan arab quraisy yang depa ni pon nak balik Mecca jugek. Rasulullah bagi salam, depa jawab tapi depa tak nampak Rasulullah. Ada segelintir yang dengar suara Rasulullah. Pastu ada sekoq unta drpd rombongan ni jatuh, patah kaki. *motip nak cita unta patah kaki?
Dah dekat2 nak sampai MasjidilHaram dah ni, Nabi Muhammad mcm bimbang orang tak percaya apa yang dia akan cerita nanti. Jibrail pon kata "Jangan bimbang, sesungguhnya Abu Bakar akan percaya" *sebab tu Abu Bakar dapat title As-Siddiq.
Nabi tiba di rumah baginda sebelum waktu subuh. Buraq naik ke syurga. Lepas semayang subuh tu, Nabi Muhammad duduk cam keluh kesah ja. Lalu pulak si Abu Jahal.
Abu Jahal : Kenapa dengan kau Muhammad? Nampak worried? *nada perli.
Muhammad SAW : Semalam aku di isra'kan.
Muhammad SAW : Ke Baitulmaqdis.
Abu Jahal diam. Terus dapat idea jahat. Ha la, dia memang dah lama nak tunjuk kat semua orang yang Muhammad ni gila. Mana mungkin dia leh p baitulmaqdis dlm masa semalaman. Zaman dulu amik amsa atleast sebulan tau nak p saja. P balik dah 2 bulan.
Abu Jahal : Kalau aku panggil semua orang quraisy mekah ni, berani tak kau cerita apa yang aku katakan pada aku tadi?
Muhammad SAW : Bahkan. *maksudnya of kos.
Abu Jahal pon memanggil semua orang-orang mekkah masa tu, Nabi Muhammad pon cita la pengalaman Baginda. Memang tak ar depa nak caya kan. Depa mintak bukti, Nabi Muhammad pon cerita semua ciri-ciri masjidilaqso tu. Masih lagi tak percaya.
Nabi Muhammad pon kata, masa ondaway smlm, dia nampak rombongan arab quraisy tu, ada sekoq unta patah kaki, n dia bagi salam kat depa. *nampak tak motif kisah unta ittew?
Setelah beberapa lama, rombongan tadi pon sampai. Depa ni pakat duk tanya la, ada tak unta ampa patah kaki? "Ada." Ada tak ampa dengar suara Muhammad bagi salam? "Ha betoi la, kami dengaq suara dia."
Guess what? Walaupon dengan semua bukti yang kukuh, depa masih tidak mahu beriman dengan Rasulullah SAW. Even ada minor group of people yang dah beriman before this dengan Muhammad SAW, keluar Islam after they heard the story of Israk Mi'raj ni.
Selesai lah kisah yang berepisod-episod ni. Memandangkan ni episod terakhir, memang kena extra panjang sikit la kan. Dengan ringkas nak list down apa kesimpulan dari Peristiwa Israk Mi'raj ni :
Mesti utamakan Solat. Bayangkan, Nabi kena naik atas langit tau nak dapat perintah solat ni. Jahat macamana pon kita, tolong lah jaga solat kita k.
Berbekam. Episod sebelum ni dah explain kan? Boleh la pasni kita pakat-pakat try. :)
Melancong ke Mekah, Madinah & MasjidilAqso(tapi dah kena tawan). So, kalau ada duit lebih tu, utamakan Mecca & Medina dulu, baru p vacation tempat lain. Tak rugi pon. Memang best y'all!
Percaya dengan kewujudan menda ghaib. Kan Nabi pernah jumpa Jin, Malaikat, Syurga, Neraka. Ni suma kita tak pernah tengok, tapi wajib percaya tau.
Belajar kisah Nabi-Nabi dan amik pengajaran. *bila la nak siap kisah Nabi Yusuff tu kan.
Insaf. Renung balik betapa kecik nya diri kita kalau di compare dengan ciptaan Allah yang lain.
Rajin berzikir. Subhanallah - Allah punya feveret word. *masa zikir kena betul2 faham dan rasa ok, jangan pada mulut saja.
Mengkaji teknologi angkasa lepas. Tapi biasa la, omputeh jugek buat dulu.
Alhamdulillah. Tamat sudah kisah Israk Mi'raj ni. I'll end this series of entry with some persoalan yang patut kita renung-renungkan.
Pasaipa Nabi Muhammad SAW pi sampai Palestin baru naik ke langit? Turun pon sama? Kenapa tak direct from Mekah ja?
Lapisan langit. Besaq mana lapisan langit tu?
Siapa lagi mulia? Jibrail ka pakaian Nabi Ka? Sebab Jibrail pon tak pernah p jumpa Allah. Sedangkan Nabi SAW p jumpa Allah dengan berpakaian lengkap. Selipar Nabi pernah menghadap Allah.
What is our purpose in life? Nak berseronok ka? Nak jadi orang kaya ka? Nak jadi baik ka? Nak jadi hamba Allah ka? Apa tujuan Allah cipta kita kat dunia ni?