Hujan lebat selama yang berlarutan sejak 2 3 hari ini mengimbau kenangan banjir mega 2014. Jom trobek ciked. . Repost from @DutaKelantan 11:00 malam (24hb Disember 2014) Pasaraya Besar Tesco ditutup seawal jam 6 petang hari ini (24hb Disember 2014) untuk urusan persiapan menghadapi banjir. Saya tak pasti samada Tesco akan dibuka esok tetapi mengikut logik saya mungkin Tesco tidak dibuka sehingga tarikh diberitahu kelak. Untuk pengumuman semua siren polis telah dibunyikan di bandar Kota Bharu dan beberapa jalan utama di dalam bandar telah dinaiki air dengan laju sekitar jam 11:30 malam tadi. Di kawasan Taman Uda Murni keadaan agak goyah kerana air sungai Baung/tali air Cempaka telah mula meninggi. Tetapi sewaktu "cek" longkang rumah saya masih diparas selamat. Sekian sahaja laporan saya dari Kota Bharu. Doakan keselamatan kami di sini. #Pray4PantaiTimur #KelantanFlood #Banjir2014 (at Tesco Lembah Sireh Kota Bharu)













