Coretan 4.1.15
Kenapa masyrakat kita subur dengan perasaan dendam, hasad dengki dan kebencian? perlu diteliti semula norma masyarakat kita.
Di mana hilangnya kemegahan bangsa Melayu yang diagungkan dan dimuliakan dengan nikmat Islam dan Iman?
Kita mungkin berbeza pendapat dan mungkin memiliki aspirasi berbeza namun adakah semata - mata kerana ketidak sefahaman pandangan dan ideologi itu perlu digunakan untuk memecahkan ikatan persaudaraan yang lahir dari kalimah syahadah?
Kadang - kadang kerana inginkan kekuasaan dan takhta kita lupa bahawa persaudaraan itu lahirnya bukan semata - mata dari perkongsian darah keturunan tapi yang lebih utama dari perkongsiaan Akidah. Satu pegangan kepercayaan yang mengagungkan kalimah tauhid.
Mungkin kerana kita sudah makin jauh dariNya, mungkin kerana itu kita sudah jauh tersisih antara satu sama lain... Mari kita revisi diri, inshaAllah ketenangan akan hadir dalam diri kita seandainya kita sentiasa ingat padaNya.
Jauhi permusuhan jauhi sengketa.












