Reposted from @makan.buzz Memperbetulkan sejarah amat sukar dan itulah yang berlaku dalam isu berkaitan pembuktian siapa pengasas sebenar Kuala Lumpur. Dakwaan ia diasaskan Sutan Puasa, usahawan perlombongan dan pedagang timah berketurunan Mandailing dari Sumatera, Indonesia bukan sesuatu yang mudah diterima. Ini kerana selama ini, ahli sejarah Malaysia berpendapat Yap Ah Loy, seorang Kapitan Cina, adalah pengasas bandar raya ini yang asalnya kawasan perlombongan bijih timah. Dalam hal berkaitan Kuala Lumpur, buku tulisan Abdur-Razzaq Lubis, berjudul 'Sutan Puasa Founder of Kuala Lumpur' mendedahkan maklumat baharu berhubung sejarah ibu negara Malaysia. Ini diakui Profesor Emeritus Penyelidikan dan Geografi Asia dari University of British Columbia di Vancouver, Kanada, Terry McGee. McGee sendiri banyak membuat penyelidikan mengenai proses perbandaran orang Melayu di Kuala Lumpur dan Semenanjung Tanah Melayu pada 1960-an untuk pengajian peringkat ijazah doktor falsafah (PhD). Buku berkenaan memberi fokus terhadap peranan Sutan Puasa semasa era awal aktiviti perlombongan bijih timah di Kuala Lumpur pada pertengahan kurun ke-19. Today's (7th Oct) Voucher Code is: sutanpuasa Get your free pizza at: www.makan.buzz #yourdailybuzz #makanbuzzcafe https://www.instagram.com/p/CGKIFBYHyor/?igshid=10w2to6izaeb8












