"Kalau Sanusi macam ni macam itu, kenapa LGE ok pulak?".
Malaslah aku nak argue politik dengan rata-rata netizen yang minda binari ini. Kalau aku tak A, mesti aku ini B. Kalau aku tak B, mesti aku ini A.
Bila bercakap pasal PN, mesti ada orang respons: "Alright. Let's talk about DAP and BN penyamun". Bila bercakap tentang PH+BN, mesti ada orang respons: "Mari tengok pulak abahcow, lebai Hadi dan walaun".
Ingat aku kisah sangat ke nak memihak mana-mana parti politik ini? Setiap parti yang memegang tampuk kerajaan ada saja isu pendakwaan terpilih dan bias. Masing-masing sama sahaja najis seladang kecuali dibuktikan sebaliknya.
Jijik pulak aku nak terkait dengan mana-mana parti politik. LGE dan Sanusi atau mana-mana saja tu elok sama-sama saja humban dalam kandang jel. Tak kiralah siapa pun. Aku peduli apa parti mana.
Nak heret aku pada mana-mana parti? Maaf lah ya. Cubaan gagal. Cubalah otak itu terbuka dan jangan miskin dengan kismis binari sangat.











