"Ah, susahnya jadi qaid ni!!"
Tempelak seorang akhowat semasa berqodoya dengan murobbinya. Mutarobbi jagaannya sedang belajar bergerak di medan dakwah mereka. Banyak perkara untuk diselesaikan dan menolong mutarobbi dalam menjalankan tujuan hidupnya. Macam-macam lagi...
Murobbi, bukan saja menjadi walid untuk jaga kebajikan. Tapi murobbi jugalah qaid untuk memberi arahan dan task, menjadi ustaz untuk dirujuk tentang tsaqafah basic mahupun fiqh, dan juga menjadi ulama yang membawa dan mengingatkan diri dan hati tunduk sujud mencari Tuhan rabbul alamin.
Tugas ini
Sangat berat
Nabi juga hingga beruban rambutnya menggalas tanggungjawab dakwah ini
Tapi baginda tak pernah menyerah kalah
Kerana amanah ini yang mengangkat diri daripada manusia hina ke posisi yang sangat mulia
Jadi, lakukanlah dakwah, menjadi murobbi dan sebarkan tarbiyah dengan sesungguhnya
Manfaatkan segala potensi diri dan cungkil lagi kemampuan diri untuk Allah
"Dan berkata," beramallah kamu, maka Allah berserta rasulnya dan mukminin akan melihat amalanmu, dan kamu akan dikembalikan kepada Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, lalu Dia memberitahu kepadamu apa yang telah kami kerjakan."
Surah at-taubah, 9:105

















