Demi Masa 💙 **** Allah memberi kita 86400 saat sehari.. banyakkan masa? Cuba kita tukarkan saat ini kepada duit? Apa yang anda nak buat jika dapat duit sebanyak ini? Gembirakan? Banyaknya DUIT!. kena habiskan dalam satu hari pulak tu. Esoknya dapat lagi. Jumlah yang sama. Anda mesti habiskan duit sebanyak ini terus dalam masa sehari. Apa anda nak buat? Betapa pemurahnya ALLAH beri banyak masa untuk kita. Tapi adakah sesaat itu kita bayar untuk berada denganNYA dan mengingatiNYA? Dan adakah kita sesaat pun mengucapkan rasa terima kasih kepadanya? Dia cuma minta 5 waktu sahaja sehari untuk bercinta dengannya, itupun janji terlambat tunai (tak tepat waktu), Cincai-cincai, 5 minit, SIAP! Apatah lagi nak dating overtime (solat sunat)? Betul Betul? "Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh yang saling berpesan-pesan kepada kesabaran dan kebenaran" Al-ASR, Tinggalkan dunia dan pergilah kepadaNYA, dia akan berikan kesenangan dunia dan akhirat kepada kita. Kita sibukkan urusan dunia, tinggalkan DIA. maka dia beri kita susah supaya kita ingat dia. Kerana DIA maha tahu, tanpa DIA, kita takkan mampu berdiri sekalipun. Kembalilah kepada yang asal. Siapa yang menjadikan segala dan semua ini? Merintihlah, sujudlah, syukurlah kepadaNYA. Tulisan ini sebahagian daripada ebook ke-5 saya. Nora Yusof. #PenulisFTR #FTRExclusive #BacaBacaSENTAP https://www.instagram.com/p/CINxdf7j-x1/?igshid=hbovjtufinhp