#jauharku | PM rasmi pecah tanah projek ETS Gemas – JB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan melancarkan pecah tanah Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas - Johor Bahru (ETS), di Segamat, Selasa ini. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata projek membabitkan jajaran landasan sepanjang 192 kilometer berkenaan dijangka siap pada 2020. "Proses pengambilan tanah untuk projek berkenaan sudah selesai dan dimuktamadkan. Projek ini dijangka memodenkan sistem pengangkutan kereta api di selatan tanah air, selain menambah kecekapan perkhidmatan berkenaan," katanya ketika dihubungi NSTP, di sini hari ini. Selain majlis pecah tanah ETS di Segamat, Perdana Menteri turut dijadualkan merasmikan Muar Furniture Park dan melancaran Skim Usahawan Perabot Bumiputera di Bakri, Muar pada pagi, selain menghadiri Majlis Muafakat Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), kira-kira jam 3 petang, di Labis. Projek ETS Gemas-Johor Bahru itu membabitkan pembinaan sebanyak 11 stesen ETS yang merangkumi tiga kategori iaitu Stesen Utama, di Segamat dan Kluang, Stesen Secondary di Labis, Bekok, Paloh, Rengam, Layang-layang, Kulai dan Kempas Baru manakala Stesen Operasi dan Barang pula di Genuang dan Mengkibol. Berita Penuh : bit.ly/2Gsy4im via #BeritaHarianOnline #ets #KTMB #keretapielektrik #gemasjohorbahru #johor #segamat #kluang #labis #bekok #paloh #rengam #layanglayang #kulai #kempasbaru #genuang #mengkibol #pmrchampion #pmrchampion2018 #pmrsegamat #negaraku #malaysia #sehatisejiwa #teamjohor








