New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/global/2015/02/24/3681-tuduhan-membunuh-atas-lelaki-berusia-94-tahun/
3681 tuduhan membunuh atas lelaki berusia 94 tahun
Seorang lelaki berusia 94 tahun telah didakwa dengan 3681 tuduhan membunuh di Jerman semasa dia berkhidmat di Auschwitz, lapor BBC.
Pendakwa berkata defendan adalah seorang bekas sarjan, yang bertugas sebagai pegawai perubatan di kem tahanan Nazi pada tahun 1944.
Jika didapati bersalah dia boleh dihukum penjara antara tiga hingga 15 tahun.
Peguam pertahanan, Peter-Michael Disetel beritahu akhbar Bild bahawa tidak ada bukti untuk menunjukkan “perbuatan jenayah konkrit”.
Pendakwa di Schwerin di utara Jerman berkata mereka tidak dapat namakan lelaki itu kerana undang-undang privasi.
Walaupun dia sudah berusia namun mereka berkata dia layak dibicarakan.
Dikatakan bahawa dalam peranannya sebagai pegawai perubatan dia membantu operasi kem dan oleh itu boleh dikaitkan dengan kematian yang berlaku semasa tempoh perkhidmatannya dari 15 Ogos – 14 September 1944.
Kira-kira 1.1 juta orang, kebanyakannya orang-orang Yahudi Eropah, telah dibunuh di Auschwitz-Birkenau antara 1940 dan pembebasan mereka pada 27 Januari 1945.
Penyiasat persekutuan disyorkan pada tahun 2013 bahawa pendakwa negeri meneruskan dakwaan terhadap 30 bekas suspek Auschwitz di bawah undang-undang Jerman baharu.
Awal bulan ini, mahkamah Jerman mendakwa seorang lelaki berusia 93 tahun dengan 170,000 tuduhan membunuh semasa dia telah berkhidmat sebagai pengawal SS di kem kematian.
Defendan, yang namanya tidak didedahkan, didakwa berkhidmat di Auschwitz dari Januari 1942 hingga Jun 1944.
Seorang lagi bekas pengawal Nazi dalam perbicaraan pada bulan April dikenakan dengan sekurang-kurangnya 300,000 tuduhan membunuh.
Oskar Groening, juga berusia 93, dikenali sebagai “pemegang buku di Auschwitz” dan didakwa bertanggungjawab mengira wang kertas yang diambil daripada tahanan.