Doa Solat Tahajud Lengkap Berserta Rumi
Pengertian Solat Tahajud
Solat tahajud adalah solat sunat yang dikerjakan pada tengah malam selepas bangun daripada tidur iaitu sewaktu keadaan senyap dan sunyi atau di kala semua orang sedang nenyak tidur.
surah al-muzzammil ayat: 1-4 Maksudnya: Wahai orang yang berselimut, bangunlah untuk solat pada malam hari melainkan sedikit (untuk kamu rehat) seperdua atau kurangilah daripada seperdua itu sedikit, atau lebih daripada seperdua itu dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan. Solat sunat ini sangat ditutut untuk dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah S.A.W. dan para sahabat tidak pernah meninggalkan solat sunat ini sepanjang hayat.
Doa Solat Tahajud
Doa sebelum memulakan atau mengerjakan solat sunat Tahajud
Image: shafiqolbu.wordpress.com Tiada Tuhan melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali Doa Solat Tahajud ( ketika sujud akhir )
image: shafiqolbu.wordpress.com Doa solat tahajud ( Doa Selepas Salam Tahajud )
image: shafiqolbu.wordpress.com Doa solat Tahajud
bacaan doa solat sunat tahajud Maksudnya:“Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.” Artikel Lain: Panduan Solat Dhuha Dan Doa Dhuha Yang Mudah Dan LengkapSERAM, Siapakah Golongan Wanita Yang Tidak Mencium Bau SyurgaRamadan Tahun 2030 Yang Paling Dinanti, Ramadan Dua Kali Setahun Semoga artikel ini bermanfaat kepada semua Read the full article












