Eh, kenapa suram benar muka pengantin tu? Muka nampak penat je – Mak Cik Leha Whops! Apa perasaan anda kalau tetamu yang hadir majlis resepsi anda, dan terdengar pula mereka memberi komen sebegini? Muka penat? Suram? Oh sedihnya hati! Siapa yang mahu di hari bahagia mereka tampak suram tidak bermaya, meskipun untuk menyediakan kesempurnaan majlis memenatkan badan, tapi mestilah paling utama pengantin ingin tampak berseri dan menawan di hari bahagia. Jangan bimbang sayangku sekalian, kerana admin akan kongsi petua-petua serta tips moden dan tradisional yang boleh anda semua amalkan untuk tampak manis jelita serta berseri-seri di hari bahagia. Petua tradisional 1) 44 hari sebelum menjelang hari bahagia Kata orang, petua ini amat bagus. Hasilnya jika anda amalkan, keserian wajah insyaAllah akan berpanjangan. Petua pertama adalah dengan mengamalkan diri memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari. Caranya adalah dengan mengambil segelas air kosong (air putih) dan baca bismillah serta selawat ke atas Nabi, dan seterusnya anda makan kelopak-kelopak bunga mawar tersebut. Jadikan petua ini amalan anda untuk tampak berseri setiap masa. 2) 30 hari sebelum menjelang hari bahagia. Ambil segenggam daun sireh yang besar saiznya dan rebuskan di dalam air putih sehinggalah warna air berubah kehijauan. Selepas itu, ada gunakan air rebusan itu tadi untuk mencuci wajah anda. Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilaskan dengan air sejuk. Kelebihan air rebusan ini dilihat dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka, seterusnya menaikkan seri wajah. Info tambahan, air rebusan sireh ini juga berfungsi sebagai “Feminine Hygiene Cleanser" yang sangat baik juga 3) Timun sebagai eyemask. Seperti sedia maklum bahawa timun mempunyai khasiat yang sangat bagus, di samping sejuk. Jadi anda hiriskan timun, jangan terlalu tebal dan jangan juga terlalu nipis. Tekapkan di mata anda dengan hirisan timun itu tadi selama 30 minit, kemudian basuh muka dengan air suam. Petua ini membantu menghilangkan lebam di bawah mata (eyebag) akibat tidur lewat atau mata penat serta membantu anda menghilangkan mata rasa lesu dan letih. #tipspengantin #seriwajah










