New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/07/24/bob-lokman-berlakon-iklan-raya/
Bob Lokman berlakon iklan raya
KUALA LUMPUR, 24 Julai:
Bukan setakat syarikat gergasi atau stesen televisyen yang berlumba-lumba menerbitkan iklan raya, malah parti politik juga turut serta menerbitkan iklan raya tahun ini.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak baru-baru ini menerbitkan satu iklan raya walaupun tidak ditayangkan di televisyen, banyak dikongsi melalui laman sosial Facebook.
Mungkin juga atas kreativiti ahlinya yang juga pelakon berpengalaman, Bob Lokman, yang turut menjadi bintang utama dalam iklan berkenaan, iklan sepanjang lima minit 30 saat ini memaparkan pengajaran supaya menghargai insan penting dalam hidup kita.
Kisah berkenaan seorang Lebai (Bob Lokman) yang bekerja sebagai penoreh getah mahu memasukkan wang untuk anak lelakinya yang masih belajar di Kuala Lumpur, malangnya wangnya pula dicuri.
Memikirkan bahawa ia mungkin kifarah dari Allah, Lebai tidak berputus asa dan mencari usaha lain untuk mencari wang untuk anaknya dengan mengutip kotak dan barang kitar semula yang boleh dijual.
Video boleh ditonton di: https://www.facebook.com/photo.php?v=412403562233639














