Petikan Khutbah Jumaat 04 Februari 2022M l 02 Rejab 1443H: JAIS (Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam) Iktibar Balik Kampung Setiap orang mempunyai kampung halaman yang merupakan tempat dilahir dan dibesarkan, tanpa mengira keadaannya susah atau senang, jauh atau dekat. Seseorang itu biasanya tetap merindui kampung halamannya sebagai kehidupan yang harmoni, pengalaman yang indah dan suasana yang tenang. Firman Allah SWT dalam surah al-Munafiqun 10-11: âWahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang apabila sampai ajalnya dan Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan.â Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa suatu ketika Rasululullah SAW bertanya kepada para sahabat: âTahukah kamu sekalian, siapakah dia muflis (bangkrap) itu? Para sahabat menjawab: Di kalangan kami, muflis itu adalah seorang yang tidak mempunyai dirham dan harta benda. Nabi bersabda: Muflis dalam kalangan umatku ialah seseorang yang kelak di hari qiamat datang lengkap dengan membawa pahala ibadah solatnya, puasanya dan zakatnya. Namun, dia juga membawa dosa berupa makian pada orang ini, menuduh yang ini, memakan harta orang ini, menumpahkan darah yang ini, serta memukul orang ini. Lalu diberikanlah kepada orang ini sebahagian pahala kebaikannya, dan juga kepada yang lain sebahagian pahala kebaikannya. Maka apabila segala kebaikannya sudah habis, sebelum semua dosanya dapat diselesaikan, maka diambil pula dosa-dosa mereka itu semua lalu ditimpakan kepada dirinya. Kemudian dia dilemparkan ke dalam neraka.â (Riwayat Muslim). Hadis daripada Anas bin Malik Radiallahuâanhu bahawa Rasulullah SAW bersabda: âMayat itu akan diiringi oleh tiga perkara, yang dua akan kembali sedang yang satu terus menyertainya. Ia diiringi oleh keluarganya, hartanya dan amalnya. Harta dan keluarganya akan kembali, sedang amalnya akan terus tetap bersamanya.â (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Walimatul Urus Umira dan Syafie di Sungai Kantan (2022, 29 Januari) https://www.instagram.com/p/CaG4QZRvZU_/?utm_medium=tumblr