Sekali pandang seperti Nintendo DS bukan? Sprint dan Kyocera Communications telah memperkenakan model terbaru mereka, Kyocera Echo. Apa yang menarik mengenai telefon bimbit ini berbanding yang lain ialah penggunaan 'dual-touchscreen'. Dijalankan dengan Android 2.2 Froyo, Kyocera Echo mempunyai skrin resolusi WVGA 3.5 setiap satu. Teknologi 'multi-tasking' merupakan perkara biasa bagi pengguna Android tapi dengan Kyocera Echo setiap satu skrin boleh menjalankan aplikasi berlainan dalam satu masa. Contohnya skrin di atas pengguna melayari Facebook manakala skrin di bawah pengguna melayari aplikasi media seperti Youtube. Menarik bukan? Buat masa ini Kyocera Echo dijual di pasaran oleh pengedar Sprint sahaja dan mungkin akan dipasarkan di seluruh dunia kelak. Untuk melihat spesifikasi sepenuhnya sila klik gambar di atas.
















