bila tengok muka sendiri pun boleh menangis.
lahai pah, kenapa tak boleh jadi macam dulu?
yang kalau cakap tak kisah tu, betul betul dah tak kisah. betul betul dah tak peduli. betul betul lantak kau lah.
kenapa sekarang lain pah? benda yang cakap tak kisah, itulah yang paling difikirkan siang malam bahkan dalam mimpi pun. bangun tidur dada jadi berdebar dan sesak.
kenapa lain pah? apa yang buat kau macamni?
“ saya takut pada perkara yang takda ”
“ atau sebenarnya dia terlalu ada? ”
kita cuba deny masalah yang ada. setiap kali datang kita buat tak tahu, kita abaikan, tanpa sengaja kita buat ia tertanam pada dasar paling dalam. akibatnya, ia berdarah daging dengan perasaan sendiri. perasaan perasaan yang dirasa tidak ada itu, sebenarnya sudah terlalu ada. terlalu ada sampai tak terlihatkan kerana terlalu sebati.
dengan seperti ini, bagaimana untuk bersangka baik pada semua orang?
0619 //

















