Anak Terakhirku
Buat anak terakhirku, mama minta maaf kerana detik pertama mama tahu kau wujud di dalam rahim, berita gembira itu disambut dengan air mata duka.
14 hari mama cuba terima kenyataan, menangis siang malam dan cuba terima dan mencari apa hikmah yang Allah ingin sampaikan. Sambil berfikiran, dimana silapnya mama ayah merancang.
Terima kasih doktor yang pertamanya merawat, kata-kata yang keluar dari mulut beliau buat mama hidup kembali dan bersedia untuk hadap apa saja yang bakal dilalui.
Jadi, tanpa fikir panjang, mama tangguhkan karier mama untuk fokus penuh kepada kamu, Anaqi & Abang Harraz. Jangan risau, impian mama tak berhenti di sini, hanya berubah seketika untuk menjadi mama & isteri yang sentiasa happy untuk anak-anak dan suami.
Terima kasih, suami kerana sentiasa yakin & percaya bahawa rezeki Allah itu luas walaupun syg tahu apa yang selalu ada dalam fikiran abang. Semoga diberkati setiap langkahmu setiap hari, dan setiap kali - bila abg pulang kepada kami - abg sentiasa merasa bahagia.















