📸 : irmadilondon.blogspot.my | irma 📝 : Syafiq Dayat 📌 : Bab Enam | Tok Ketua “ Ke mana pula lah si Mah ni letak kopiah aku “ , kata Tok Ketua . Haa ! Atas meja ruang tamu rupanya . Beliau lupa pagi tadi usai solat subuh , dia terlelap di sofa kerana kepalanya terasa berat . Nak ke mana tu Atoknya ! , jerit isteri Tok Ketua . Tadi kata sakit , tup tup dah bersiap nak keluar . Tak ada keje lain la tu hendak melepak di Warung Haji Hussein . Yang di dapur tu siapa pula nak melantak ? Begitulah Nek Mah berleter kepada Tok Ketua , adakala orang kampung pun boleh melihat babak ini tiap kali ke rumah Tok Ketua . Bagi Nek Mah , keluarlah ke mana pun asal apa yang sudah di hidangkan di jamah . Sudah membuatkan hati Nek Mah tenang . Aku keluar sekejap ke rumah budak si Rudi tu , nak jenguk dia . Malam tadi kan ... teliti Nek Mah mendengar , namun hampa . Tok Ketua mematahkan perbualan tadi . “ Aku pergi sekejap saja ! nanti selesai urusan di sana aku terus balik , jamah yang di dapur tu . Air kopi tu jangan di tuang dulu “ , kata Tok Ketua sambil memberi arahan . Cepat - cepat beliau menuruni tangga . Di hidupnya enjin motosikal Honda EX5 terus berlalu keluar dari perkarangan halaman rumah . Agak tergesa - gesa Tok Ketua hari ini . Nek Mah yang dari tadi hanya memerhati tingkah laku suaminya mula rasa tidak tenang , rasa tidak sedap hati seolah - olah ada sesuatu yang buruk berlaku . #kauadasaka #BabEnam














