hello
walla

tannertan36
Game of Thrones Daily
occasionally subtle
★
Not today Justin

Origami Around
🩵 avery cochrane 🩵
let's talk about Bridgerton tea, my ask is open

PR's Tumblrdome

Discoholic 🪩
noise dept.
2025 on Tumblr: Trends That Defined the Year
The Bowery Presents
Jules of Nature
Interview Vampire Daily

if i look back, i am lost
macklin celebrini has autism
No title available

roma★

pixel skylines
seen from Australia

seen from Malaysia
seen from United States

seen from Japan

seen from Türkiye
seen from Bangladesh

seen from United States
seen from United States
seen from Armenia
seen from United States

seen from Bangladesh

seen from United Kingdom

seen from Finland

seen from France

seen from United States
seen from Vietnam
seen from Jordan
seen from United States
seen from Türkiye

seen from United States
@i-addmath-blog
hello
walla
blah blah
pelbagai contoh,
Kegunaan Indeks
Penggunaan indeks sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Terutamanyadalam bidang penyelidikan sains, kewangan, kejuruteraan dan lain-lain lagi.
Contohnya, kadar pertumbuhanpopulasi manusia dan haiwan adalah secara eksponen. Secara amnya, indeks ditulissebagain xdimanax didarabkan dengan dirinya sendiri sebanyak n kali. Ungkapannombor indeks berada dalam bentuk termudah apabila asasnya tidak berulang,indeksnya bukan negatif dan kusanya tidak berlapis.
Indeks
Indeks adalah bahagian yang sangat penting di dalam aljabar. Indeks adalahcara yang paling mudah untuk menulis pendaraban nombor yang sama berulang kali.
Semasa menggunakan logaritma, murid hanya memahami dan menghafal hukum – hukumnya tanpa memahami konsep sepenuhnya.Contohnya :- 3 x 5 bermakna 5 + 5 + 5.Eksponen ialah ringkasan untuk pendaraban. Memandangkan logaritma saling berkaitandengan indeks, maka unit ini hendaklah dipelajari terlebih dahulu sebelum logaritma
Aplikasi matematik dalam kehidupan seharian.
Perkataan matematik berasal daripada perkataanYunani yang bermaksud “sukabelajar”.Matematik ialah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secaramantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Sifatsemulajadi matematik ialah menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabarpemikiran. Oleh sebab itu, matematik ialah antara bidang yang terpenting dalamsebarang usaha pembinaan insan.Jadi, tidak dapat dinafikan bahawa matematik suatu bidang yang amat pentingdan berkait rapat dalam kehidupan seharian kita. Laman web Wikipedia,mendefinisikan bahawa Matematik adalah suatu pembelajaran atau kajian mengenaikuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain kajianmengenai nombor dan gambar rajah.Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan danpenulisan dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas untuk menghurai danmendalami hubungan fizikal dan konsep. Pengetahuan dan penggunaan matematik adalah amat penting dalam kehidupan manusia dan digunakan dalam pelbagai aspek didunia ini. Matematik digunakan di seluruh dunia sebagai alat penting di dalam pelbagaibidang seperti sains, kejuteraan, perubatan, sains sosial dan lain-lain lagi.Jadi, penggunaan matematik terluas dan berhubung rapat dengan kehidupanmanusia. Oleh sebab itu, kegunanan bidang Matematik telah membuka matamasyarakat dunia untuk menceburi bidang ini supaya mereka tidak lagi ketinggalan.Pengetahuan tentang matematik membantu kita mengendalikan aktiviti seharian kitadengan terurus. Sekarang kita akan lihat beberapa kepentingan dan aplikasi untuk tajuk indeks, logaritma, geometri koordinat, trigonometri dan vektor dalam kehidupanseharian kita.
Pengenalan
Matematik Tambahan ialah satu matapelajaran elektif di peringkat sekolah menengah dan pelajar-pelajar yang mengambil matapelajaran ini berpotensi dalam matematik kerana fokus Matematik Tambahan adalah kearah memenuhi keperluan matematik bagi pelajar yang mengambil jurusan sains dan teknologi serta pelajar yang mengambil sains sosial. Situasi ini sesuai dengan tuntutan global pada masa kini iaitu pendedahan pelajar dalam matapelajarani ini dan diharap dapat menghasilkan lebih ramai individu yang dapat memenuhi keperluan dalam era sains dan teknologi. Oleh sebab itu Matematik Tambahan telah diolah supaya selaras dan memenuhi hasrat ini (Faridah binti Sulaiman,2006)
Bagi memenuhi hasrat tersebut, pembelajaran sesuatu tajuk menekankan pemahaman konsep dan penguasaan kemahiran yang berkaitan. Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kemahiran berkomunikasi secara matematik juga dititikberatkan semasa pembelajaran matematik berlaku. Semasa pelajar menerangkan konsep dan hasil kerja, mereka perlu dibimbing supaya menggunakan bahasa dan laras bahasa matematik yang betul dan tepat. Penekanan kepada komunikasi dalam matematik juga dapat mengembangkan ketrampilan pelajar menterjemahkan sesuatu perkara ke dalam model matematik dan sebaliknya (Sukatan Matapelajaran Matematik Tambahan). Bahasa matematik yang digunakan seharusnya tepat dan betul agar maksud yang ingin disampaikan tidak menyimpang daripada konsep yang sebenar. Kemahiran dalam bahasa matematik ini menunjukkan tahap kefahaman pelajar. Matematik Tambahan telah melalui pelbagai pembaharuan iaitu sebelum KBSM, KBSM dan selepas semakan semula kurikulum. Matematik Tambahan sebelum KBSM mementingkan konsep dan kemahiran prosedur penyelesaian yang berasaskan algoritma. Pelajar didedahkan kepada latih tubi bagi soalan rutin yang dipecahkan mengikut tajuk-tajuk tertentu dan soalan-soalan ini memerlukan pelajar menggunakan algoritma penyelesaian spesifik bersesuaian dengan tajuk tertentu. Penggunaan kaedah latih tubi ini adalah manifestasi daripada teori pembelajaran yang dipegang oleh golongan behaviorisme (Nik Azis, 1995).
Pemikiran aras tinggi kurang digunakan oleh pelajar apabila mereka menyelesaikan soalan rutin dalam bentuk latih tubi 3 Tumpuan pembelajaran matematik pada era sebelum KBSM adalah untuk menghasilkan jawapan betul dalam masa yang singkat dengan menggunakan prosedur yang piawai. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak cuba mengaitkan idea-idea matematik daripada pelbagai tajuk yang berbeza, perkaitan yang dibuat terhad dalam tajuk-tajuk yang tertentu sahaja. Maka kefahaman yang dibentuk terhad kepada sesuatu tajuk, perkaitan antara idea-idea matematik merentasi tajuk-tajauk dalam kurikulkum Matematik Tambahan tidak jelas. Oleh sebab itu kefahaman yang terbentuk pada pelajar adalah rapuh dan hanya mampu digunakan dalam situasi yang terhad (Azizi Yahya & S. Elanggovan,2002).
Sejajar dengan masalah tersebut, satu rombakan baharu diperkenalkan dengan memberikan pendekatan dalam bentuk KBSM iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang memberikan persepaduan penyelesian matematik merentasi tajuktajuk. KBSM mula dilaksanakan secara berperingkat iaitu pada tahun 1988 dan penegasan mula diberikan kepada kepentingan dalam meneyelesaiakn masalah. “Penyelesaian masalah” menjadi satu tajuk tersendiri dalam kurikulum Matematik Tambahan dalam era KBSM. Keadaan ini berlaku kerana telah wujud kesedaran tentang kepentingan penyelesaian masalah dalam matematik. Ini bersesuaian dengan situasi semasa di mana dekad 80-an dilihat sebagai “dekad penyelesaian masalah” (Nik Azis, 1995).
Fokus utama kepada penyelesaian masalah ini juga adalah lanjutan daripada kesedaran pendidikan matematik bahawa para pelajar sebelum dekad 80-an tidak dapat melihat kepentingan matematik dalam kehidupan seharian mereka. Pada ketika itu pembelajaran matematik adalah berbentuk mekanikal dimana pelajar-pelajar 4 menghafal peraturan matematik tanpa pemahaman yang baik. Keadaan ini menghalang pelajar mengaplikasikan segala pemahaman matematik kedalam hidup mereka. Walaupun kesedaran tentang kepentingan penyelesaian matematik dalam proses pembelajaran telah wujud pada ketika itu, Matematik Tambahan masih perlu disokong dengan pelbagai sumber bahan yang mencukupi bagi membolehkan Matematik Tambahan dizahirkan dalam bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran. Inilah yang kurang pada ketika itu. Akibatnya kesan penyelesaian masalah ke atas pelajar dalam era KBSM tidak ketara. Pada tahun 2000 apabila kurikulum disemak semula, organisasi Matematik Tambahan telah dipecah kepada dua pakej pilihan. Pakej teras wajib dipelajari oleh semua pelajar manakala pakej pilihan pula terdiri daripada pakej aplikasi sains dan teknologi dan pakej aplikasi sains sosial (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000)
Kurikulum Matematik Tambahan kini memberikan penegasan kepada heuristik penyelesaian masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta penyelesaian masalah dalam kemahiran berkomunikasi secara matematik apabila pelajar menerangkan konsep dan hasil kerja menggunakan laras bahasa matematik yang betul. Penegasan ini dengan jelas menunjukkan bahawa Matematik Tambahan mementingkan proses matematik untuk menyelesaikan masalah. Bagaimana proses ini berlaku bergantung kepada pengetahuan dan penguasaan kemahiran matematik individu. Kebebasan menggunakan pengetahuan itu terletak pada pelajar, ini berbeza 5 dengan keadaan dimana cara penggunaan pengetahuan telah ditetapkan dan pelajar harus mengikutnya. Melalui perkembangan kurikulum Matematik Tambahan ini, pihak sekolah memainkan peranan penting dalam merealisasikan pembaharuan pendekatan dalam kurikulum matematik. Untuk itu pelajar diperingkat sekolah perlu diberikan satu pendekatan yang dapat membantu untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman konsep dan kemahiran mengaplikasikan yang seimbang supaya apa-apa yang dipelajari dapat dimanfaatkan dalam situasi yang berbeza dalam kehidupan seharian. Keseimbanagn ini dapat dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dapat membentuk kefahaman Matematik Tambahan yang menyeluruh kepada pelajar, di mana seharusnya mereka mampu menzahirkan kefahaman mereka dalam situasi yang berbeza dan berkomunikasi secara bertulis ataupun lisan dengan yakin tentang kefahaman tersebut. Pelajar didik untuk mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi. Apabila pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan mementingkan keseimbangan antara pengetahuan, kefahaman konsep dan kemahiran mengaplikasi maka seharusnya asas matematik menjadi kuat untuk dikuasai oleh pelajar(Faridah binti Sulaiman,2006). Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh Arsaythamby pada tahun 2006, kebolehan efektif bertindak sebagai pencetus bagi mewujudkan perasaan ingin tahu pelajar dan seterusnya membantu pelajar dalam memahami dan menguasai kemahiran matematik. Disinilah guru-guru memainkan peranan mereka untuk membantu pelajar dalam matapelajaran Matematik Tambahan.
Perasaan ingin tahu ini boleh diwujudkan sama ada melalui bahan bantu mengajar ataupun sekadar satu masalah dalam menyelesaikan masalah. Guru-guru menjadi individu kreatif bagi mewujudkan satu suasana perasaan ingin tahu pelajar. Pengajaran dan pembelajaran yang efektif dapat dilihat melalui sejauh mana kebolehan guru-guru dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif. Guru-guru yang kreatif dan inovatif pula mestilah mempunyai persediaan daripada aspek pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran termasuk mengaitkan keseluruhan aspek tersebut dalam penyampaian pengajaranya. Guru-guru yang kreatif dan inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dijadikan perintis kepada guru-guru yang lain kerana menggunakan sesuatu yang baharu hasil daripada pemikiran sendiri ataupun adaptasi daripada bahan bantu mengajar sedia ada (Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Ab Halim Tamuri dan Mohd Izham Mohd Hamzah, 2011).
Kehadiran bahan bantu mengajar sebagai pemudah cara serta meningkatkan keberkesanan pembelajaran berpusatkan pelajar dengan hanya 25 peratus penglibatan guru di dalam kelas. Peranan guru bertukar menjadi pemudah cara bagi pelajar untuk mengkaji dan meneroka snediri ilmu Matematik Tambahan. Salah satu bahan bantu mengajar yang boleh digunakan ialah modul. Modul kini bukan sahaja disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, malahan individu-individu yang kreatif telah mereka cipta modul-modul untuk membantu pemahaman pelajar. Modul merupakan satu set pengalaman-pengalaman pembelajaran yang disediakan untuk membantu mencapai objektif pembelajaran.
Modul merukan satu komponen yang tersendiri dalam satu sistem pengajaran dan pembelajaran dan direka untuk pelajar belajar secara individu. Modul bertujuan untuk membantu guru-guru merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan kurikulum serta memberikan peluang kepada pelajar untuk terlibat dalam pembelajaran dan pengajaran. Pendek kata modul ini lebih terarah kepada pembelajaran secara sendiri. Modul ini membantu pelajar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajaran tanpa kehadiran guru-guru mahupun pembantu. Modul memberikan pelbagai manfaat apabila digunakan secara terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran. Modul mampu meningkatkan kefahaman pelajar dalam satu tajuk mahupun topik dalam pembelajaran selepas pengajaran dengan memberikan pelajar peluang untuk menguasainya secara bersendiri. Melalui kaedah ini secara tidak langsung membantu meningkatkan keupayaan pelajar meneroka ilmu dan memberikan satu idea baharu. Dalam menghasilkan sesuatu modul, terdapat beberapa ciri-ciri penting agar modul yang terhasil tidak tersasar daripada objektif pembelajaran. Antara ciri modul adalah mengandungi objektif-objektif tingkah laku yang dapat diukur oleh pelajar ataupun guru Ini adalah penting kerana proses pengajaran dan pembelajaran yang baik ialah apabila seseorang individu itu berjaya menambah pengetahuan baharu dalam diri. 8 Selain itu modul yang baik juga memerlukan penggunaan media yang pelbagai sama ada dalam bentuk teknologi ataupun bahan bantu mengajar sedia ada. Dengan penggunaan pelbagai media, secara tidak langsung dapat menarik perhatian pelajar untuk belajar dan membantu pemahaman pelajar itu sendiri. Isi pelajaran dan aktiviti merupakan satu pendekatan yang penting dalam pembentukan satu modul yang baik. Penyusunan secara sistematik dan teratur membantu pelajar melihat pembelajaran dengan lebih mudah. Begitu juga dengan latihan-latihan peneguhan yang telah disediakan seharusnya mempunyai set jawapan yang betul. Ini adalah kerana set soalan dan jawapan ini membatu pelajar menilai dan mengukur tahap pengetahuan mereka secara individu. Salah satu modul yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ialah Basic Essential Additional Mathematics Skills (BEAMS) pada tahun 2010.
Menurut Haji Ali Bin Ab Ghani (2010), modul ini dibina untuk membantu para pelajar membina pemikiran berdasarkan kepada konsep dan juga kemahiran dalam matematik sebelum pelajar mempelajari Matematik Tambahan. Pembinaan modul ini berdasarkan kepada konsep bahawa semua pelajar berjaya menguasai kemahiran dalam matematik. Oleh sebab itu pihak sekolah, guru-guru dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia berperanan untuk membantu membentuk kemahiran dan seterusnya menguasai ilmu matematik dalam diri para pelajar.