5 Tips Penjagaan Kucing Bagi Pemula
Kos Penjagaan
Menjaga kucing ini sama seperti manusia, anda perlu menyediakan bajet untuk rawatan kesihatan, makanan, dan produk-produk penjagaan yang lain. Kebiasaannya untuk bulan pertama, anda perlu menghantar kucing untuk vaksin. Bagi anak kucing yang berumur kurang dari enam bulan, mereka perlu diberi vaksin sebanyak tiga kali untuk tahun pertama.
Pemeriksaan Veterinar
Yang ini sangat penting untuk kesihatan anak kucing anda. Dengan pemeriksaan veterinar, jangkitan parasit dan kuman dapat dikurangkan. Anda juga boleh tahu tahap kesihatan kucing dan rawatan apa yang diperlukan jika ia dijangkiti kuman atau cacing. Pemeriksaan kesihatan awal boleh bantu elak dari penyakit yang tidak diingini.
Sediakan Tempat Makan, Membuang Najis Dan Tidur.
Kucing juga perlu ruang yang tersendiri untuk makan, tidur dan tandasnya sendiri. Bagi tempat tidur, terdapat pelbagai jenis yang dijual dan mengikut keluasan ruang yang ada. Ada jenis rumah dan katil untuk kucing tidur. Untuk tempat makan, dua mangkuk perlu disediakan untuk kucing di mana satu untuk air dan satu lagi untuk makanannya.
Sentiasa Berinteraksi
Seperti kanak-kanak kecil, kucing juga perlu untuk berinteraksi dan bermain dengan tuannya. Kucing yang dibelai dan diberi kasih sayang akan setia pada tuannya. Jadi kita sebagai tuan kucing tersebut harus bermain dan membelai kucing kita. Terdapat banyak jenis alatan dan permainan khas untuk kucing.
Pemakanan yang sesuai
Jika kucing anda berusia 4 minggu ke atas, anak kucing anda dah bersedia untuk makan makanan pejal atau semi-solid. Terdapat banyak jenama makanan kucing yang sesuai untuk anak kucing anda. Manakala jika kucing anda sudah dewasa, maka makanan kucing yang keras boleh diberi kepadanya.









