Bercakap soal cita-cita, amat menarik untuk di'throwback' kembali ke zaman kanak-kanak. Cita-cita kanak-kanak kebanyakannya pasti tidak masuk akal. Ada yang ingin menjadi Ultraman Tiga, Power Rangers Pink, Boboiboy kuasa lima, Encik Krab dan sebagainya. Cita-cita ini terlihat logik bagi minda kanak-kanak dan mereka berusaha ke arahnya. Buktinya, mereka berperilaku seperti watak yang dicita, menghabiskan kuota internet ayah untuk menonton watak yang diminati di Youtube dan sanggup menangis, mengamuk dan membuat muka ayah merah padam di khalayak ramai di bahagian mainan di pasaraya kerana ingin memiliki figura watak yang disukai.
Begitulah pentingnya bercita-cita kerana ia mendorong kepada usaha. Semakin kuat semangat untuk mencapai cita-cita, semestinya semakin giat sesebuah usaha. Jikalau seseorang bercita-cita untuk menghafal Al-Quran, Hadis, Matan, lirik lagu Blackpink atau sebagainya, pastinya dia akan memberi lebih komitmen terhadap apa yang diingini. Berbeza dengan mereka yang tidak bercita-cita dan tidak mempunyai 'target' dalam kehidupan, pastinya usaha mereka sekadar cukup syarat dan hanya bagai melepaskan batuk di tepi eskalator pasaraya yang kanak-kanak itu menangis tadi.
Pepatah syair Arab ada menyebut,
โูููู ุฑูุฌููุงู ุฑูุญููููู ุชูุญูุชู ุงููุฌูุจูุงูู # ููููู
ููุชููู ููููู ุงูุซููุฑูููู ูุงูุฒููุญููู
Jadilah engkau seorang sekalipun kakinya di bawah gunung, tetapi cita-citanya di atas Bintang Tsuraya dan Zuhal.
Cita-cita membuktikan seseorang itu lebih bermatlamat dan lebih prihatin tentang masa hadapan. Ini kerana mereka meletakkan target yang ingin dicapai dalam tempoh masa tertentu. Misalnya, dalam tempoh 2 tahun ingin hafal Al-Quran, dalam tempoh 5 tahun ingin mempunyai rumah sendiri, sebelum umur 45 ingin pandai memasak Nasi Dagang, sebelum umur 30 ingin membawa ibu ayah menunaikan haji, sebelum umur 25 ingin berbini dua dan sebagainya.
Dengan adanya cita-cita yang kuat, mental untuk melawan segala yang boleh menggagalkan cita-cita akan terasah. Misalnya melawan rasa malas, mengantuk, keinginan untuk menonton Drama Korea, dan berlatih tarian Tik Tok akan dapat diatasi. Dengan adanya cita-cita, tidak hairan jika kita melihat seseorang yang sanggup mengurangkan waktu tidurnya demi menghafal Al-Quran. Seseorang yang sanggup bersengkang mata demi mengulangkaji pelajaran. Seseorang yang sanggup berkerja lebih masa demi mengumpul wang. Seseorang yang sanggup diet tidak makan nasi demi mengorat awek sebelah rumahnya yang tidak suka lelaki yang berbadan berisi. Semua kesanggupan ini wujud dalam kamus hidup mereka yang mempunyai matlamat dan cita-cita yang ingin dijayakan.
โุนููู ุฃูุจููู ููุฑูููุฑูุฉู ุฑูุถููู ุงูููู ุนููููู ููุงูู : ููุงูู ุฑูุณููููู ุงูููู ุตููููู ุงูููู ุนููููููู ููุณููููู
ู : ุงููููู
ูุคูู
ููู ุงูููููููููู ุฎููููุฑู ููุฃูุญูุจูู ุฅููููู ุงูููู ู
ููู ุงูููู
ูุคูู
ููู ุงูุถููุนูููููุ ููููููู ูููููู ุฎูููููุฑูุ ุงูุญููุฑูุตู ุนูููููู ู
ูุง ูููููููููุนูููู ููุงุณูุชูุนููู ุจูุงูููู ููููุง ุชููุนูุฌููุฒูุ ููุฅููู ุฃูุตูุงุจููู ุดููููุกู ูููููุง ุชููููู : ูููู ุฃููููููู ููุนูููุชู ููุงูู ููุฐูุง ูููููุฐูุงุ ููููููููู ูููู : ูููุฏูุฑู ุงูููู ููู
ูุง ุดูุงุกู ููุนูููุ ููุฅูููู ูููู ุชูููููุชููุญู ุนูู
ููู ุงูุดููููุทูุงูู
Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu โanhu, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah SWT daripada mukmin yang lemah, dan pada keduanya ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah untuk mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan kepada Allah (dalam segala urusanmu) serta janganlah sekali-kali engkau merasa lemah. Apabila engkau tertimpa musibah, janganlah engkau berkata, kalau aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini dan begitu, tetapi katakanlah, Ini telah ditakdirkan Allah, dan Allah berbuat apa saja yang Dia kehendaki, keranana ucapan 'kalau' akan membuka (pintu) perbuatan syaitan. (HR Muslim)
Kesimpulannya, milikilah cita-cita yang tinggi dan gantungkanlah cita-cita itu kepada Allah yang memiliki sifat As-Somad (tempat bergantung segala sesuatu). Kerana, jika Allah yang berkehendak, apapun pasti terjadi termasuk cita-cita dari para hamba-Nya. Dan jika tidak tercapai apa yang dicita, pastinya ada hikmah yang lebih indah disebaliknya. Dan pastinya cita-cita kita bersama yang paling utama adalah untuk mendapat redha Allah dan menggapai Syurga-nya.