Shah Rukh Khan in the new Nerolac TVC for Diwali and Durga Puja 2015
Misplaced Lens Cap
Sade Olutola

Origami Around

Love Begins
TMBGareOK. The Official They Might Be Giants tumblr

tannertan36
𓃗
noise dept.
No title available
Fai_Ryy

Kiana Khansmith
I'd rather be in outer space 🛸
d e v o n
Mike Driver
Cosimo Galluzzi

Discoholic 🪩
2025 on Tumblr: Trends That Defined the Year
macklin celebrini has autism

shark vs the universe
One Nice Bug Per Day

seen from Ireland

seen from United States
seen from United States
seen from Denmark
seen from United States
seen from United States

seen from Canada
seen from T1
seen from Bulgaria

seen from Malaysia
seen from United States
seen from Paraguay
seen from Pakistan
seen from Vietnam
seen from Bangladesh
seen from United States
seen from Vietnam

seen from Netherlands
seen from United States

seen from United States
@srkuniversemsia
Shah Rukh Khan in the new Nerolac TVC for Diwali and Durga Puja 2015
Shah Rukh Khan in the new Nerolac TVC for Diwali and Durga Puja 2015
Shah Rukh Khan akan memasak dalam "Farah Ki Daawat"
22 Feb 2015 – Selepas kejayaan filem Happy New Year yang dibintangi Datuk Shah Rukh Khan, direktor Farah Khan kini menjadi hos untuk rancangan memasak selebritinya iaitu “Farah Ki Daawat”. Farah Khan telah menjemput ramai selebriti Bollywood termasuk Alia Bhatt, Abhishek Bachchan dan Malaika Arora Khan sebagai tetamu rancangan tersebut. Ada sumber mengatakan bahawa SRK akan muncul dalam ‘grand finale’ nanti.
“Ya, Shah Rukh akan muncul dalam rancangan ini dan mesti bagus dapat tengok dia masak. Dia dah berjanji untuk memasak hidangan pasta yang istimewa untuk saya. Tapi saya tak pernah nampak dia memasak sepanjang 21 tahun ini, jadi mesti menarik kalau dapat tengok dia masak.”
Menurut Farah, beliau telah mencadangkan SRK untuk memasak makanan kegemaran SRK nanti iaitu ayam tandoori, tetapi superstar itu membalas bahawa ayam tandoori adalah klise dan idea basi kerana hidangan itu ada dalam setiap menu mereka berbangsa India. Sebaliknya, beliau memberitahu bahawa beliau akan memasak pasta ayam stail SRK dan bruschetta, hidangan Itali yang sering dimasaknya di rumah untuk anak-anaknya.
Sumber mengatakan bahawa, apabila Farah menjemput SRK untuk masuk dalam rancangan tersebut, SRK serta-merta setuju dan memberikan inputnya tentang makanan yang boleh dimasaknya. Beliau sangat teruja kerana merasakan konsep rancangan Farah Ki Daawat adalah sesuatu yang menarik dan beliau juga memang mesra dengan Farah. Mereka berharap dapat memberikan grand finale yang menghiburkan nanti.
Rancangan Farah Ki Daawat akan mula bersiaran di saluran Colors di India pada 22 Februari.
P/S: OMG SRK memasaaaaaaak? Siapa yang tak nak tengok! Tak sabar nak tengok skil Shah Rukh!! Dahlah handsome, bijak, pandai berlakon, merendah diri, penyayang, ambil berat, semua benda positiflah! Pakej lengkap! Untungnya Gauri!!
SRK bercakap tentang kontroversi AIB
22 Feb 2015 – Datuk Shah Rukh Khan adalah selebriti terbaru memberikan pendapatnya tentang kontroversi yang dicetuskan oleh pelakon-pelakon AIB (All India Bakchod) Roast iaitu Arjun Kapoor dan Ranveer Singh yang juga melibatkan kawan baik SRK, Karan Johar.
Kalau nak tahu, AIB Roast adalah sebuah rancangan komedi webisod yang dihos oleh Karan Johar (roast master) dan dibintangi Ranveer Singh dan Arjun Kapoor sebagai ‘roast’. ‘Roast’ dalam Bahasa Melayu bermaksud memanggang, jadi dalam bahasa zaman sekarang, AIB Roast adalah sebuah rancangan komedi yang mengutuk atau membahan pelakon-pelakon Bollywood. Yang menjadikannya kontroversi adalah bahasa lucah dan biadap tanpa ditapis yang digunakan yang juga melanggar undang-undang di India.
Dalam satu temu bual dengan PTI, Shah Rukh Khan berkata bahawa beliau tidak mahu menyebelahi sesiapa dalam isu ini kerana pada pendapatnya jenaka adalah satu perkara yang menimbulkan reaksi berbeza daripada setiap orang. “Saya adalah seseorang yang sentiasa percaya pada perlunya rasa humor dalam hidup kita. Selama ini, rasa humor saya memang melebih, kalau tak melampaui batas pun. Tapi, saya dah belajar untuk mengehadkan berjenaka sebab mesti akan ada batas yang akan dilanggar. Humor ini akan sentiasa menimbulkan reaksi radikal; sama ada seseorang itu gelak sahaja pada jenaka itu atau membencinya.”
Beliau juga memberi komen bahawa sebagai seorang pelakon popular, beliau perlu berhati-hati tentang apa sahaja yang keluar daripada mulutnya. “Bila seseorang itu adalah pelakon popular seperti saya, orang akan dengar cakap kita. Jadi, kita kena berfikir sebelum bercakap dan saya hanya bercakap tentang diri saya dalam konteks ini. Akan sentiasa ada isu dan persoalan. Saya tak boleh memihak pada sesiapa.”
Walau bagaimanapun, pelakon itu memang jelas dengan pendapatnya tentang kebebasan untuk bersuara dan mengatakan bahawa kuasa memilih terletak pada setiap individu. Mereka boleh memilih untuk menonton apa yang mereka mahu dan apa yang mereka tidak mahu. SRK juga menekankan bahawa beliau mengikut beberapa ‘control aspect’ bila melibatkan dirinya sendiri.
“Kebebasan untuk bersuara itu sentiasa ada jadi kita perlu pilih. Saya selalu cakap yang kalau tak suka sesuatu itu, jangan tengok. Tiada siapa yang paksa. Tapi, kalau awak tak suka sesuatu tetapi tetap nak tengok jadi kenalah terima. Ada banyak filem yang saya dah tengok tapi saya tak suka tapi saya tiada hak untuk pergi marah atau salahkan mereka yang buat filem-filem itu.”
“Apa yang bagus tentang media hari ini adalah kuasa memilih itu terletak pada tangan kita. Kita boleh pilih sama ada nak tengok sesuatu itu atau tidak. Walaupun begitu, saya sedar yang saya perlu ikut beberapa peraturan untuk kawal diri saya. Tapi saya memang tak boleh komen tentang apa yang orang lain buat, kenapa dan bagaimana mereka buat.”
Mereka yang bertanggungjawab di sebalik AIB Roast terpaksa membuang video tersebut dari Youtube selepas terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan bahasa dan jenaka yang digunakan dalam rancangan tersebut.
P/S: Nasib baik SRK diplomatik dalam kes ini. Cukuplah dengan semua kontroversi yang melibatkan SRK selama ni. :(
SRK ingin kagumkan krew dengan Fan
22 Feb 2015 – Bintang Bollywood terkenal Datuk Shah Rukh Khan sedang berusaha keras untuk menjangkaui harapan seseorang dengan filem terbarunya yang bertajuk Fan. Siapa seseorang itu? Bukan direktornya, Maneesh Sharma, tetapi pemuda-pemudi yang merupakan sebahagian krew Fan.
SRK tweet pagi semalam, “Hav the sweetest & hard workingest kids on ‘Fan’.Hope i live up2 their innocent expectations & mak them lov films more than they already do.”
Selepas selesai dengan filem Happy New Year, SRK terus fokus pada Fan dan juga Raees yang akan dimulakan penggambarannya hujung bulan ini. Dalam filem Fan, Shah Rukh Khan akan memainkan dua watak iaitu sebagai seorang selebriti terkenal bernama Aryan Khanna (seperti dirinya sendiri dalam realiti) dan juga seorang peminat tegar iaitu Rahul. Sudah tentulah akan ada 2 heroin kan? Tapi heroin-heroin ini bukanlah nama-nama terkenal macam Kajol, Preity Zinta atau Rani Mukherjee. SRK akan bekerja bersama 2 pelakon baru yang masih belum diketahui identitinya.
Fan sepatutnya akan keluar pada 14 Ogos 2015 tetapi ditunda untuk penambahbaikan kerja-kerja VFX.
P/S: YAY! Dah lama tak tengok SRK mainkan watak sebagai Rahul! Kalau nama dah Rahul, mesti cerita romantik yang sedih Tak sabar!
Tayangan DDLJ diteruskan di Maratha Mandir
21 Feb 2015 - Sejak berita tersebar pada Khamis lepas tentang tayangan Dilwale Dulhania Le Jayenge yang dibintangi Datuk Shah Rukh Khan dan Kajol berakhir di Maratha Mandir selepas 1009 minggu ditayangkan, pihak pengurusan pawagam Maratha Mandir dibanjiri dengan permintaan untuk menempatkan kembali filem tersebut. Berita tersebut disambut dengan bantahan yang kuat oleh peminat-peminat dari seluruh dunia terutamanya di Twitter.
Media di India melaporkan bahawa keputusan untuk meneruskan tayangan hanya akan diambil selepas pertemuan dengan pihak Yash Raj Films yang dijadualkan pada hari Rabu ini.
Walau bagaimanapun, laman web rasmi YRF telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka telah membuat keputusan untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka. Kedua-dua pihak, YRF dan Maratha Mandir telah bersetuju untuk meneruskan tayangan DDLJ pada jam 11.30 pagi.
Sumber: Indian Express
Happy New Year ke China!
Filem terbaru Shah Rukh Khan iaitu Happy New Year telah berjaya terpilih ke Festival Filem Antarabangsa Beijing yang akan diadakan pada bulan April. Filem ini akan ditayangkan di 5000 buah pawagam di seluruh China bermula 12 Feb 2015 dan ini merupakan jumlah yang paling besar untuk mana-mana filem Bollywood di sana.
Menurut Xiao Ping, presiden Kumpulan Filem China, "Ini adalah filem Bollywood pertama yang datang ke China pada tahun ini dan semasa perjumpaan kami bersama Shah Rukh Khan & Aditya Chopra, kami telah berbincang tentang banyak lagi kerjasama pada masa hadapan."
Filem ini telah dialih suara ke bahasa Cina untuk memberikan pendekatan yang lebih luas kepada rakyat di China.