Ramai yang cakap kerajaan membazir RM40 juta untuk kos penyiaran World cup 2018. Lepas tu dalam masa yang sama kerajaan buat Tabung Harapan untuk rakyat membantu kerajaan membayar hutang negara, lebih baik RM40 juta tu buat bayar hutang negara je. Negara luar tengok buat malu je, sepatutnya kerajaan memberi kepada rakyat bukan meminta duit rakyat. Bagi aku jika dilihat dari segi business, RM40 juta itu tidak membazir, ia adalah sebagai investment yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk meraih lebih banyak Return of Investment (ROI). RTM adalah salah satu siaran percuma seluruh Malaysia, sesiapa pun boleh menonton tanpa perlu melanggan seperti Astro. World Cup 2018 akan berlangsung selama sebulan, dalam masa sebulan ni rating RTM akan naik kerana lebih ramai penonton dari kebiasaannya. Jadi RTM akan menjadi focal point untuk peminat bolasepak di Malaysia. Masa inilah banyak syarikat-syarikat yang akan berebut mengambil peluang untuk menjadi rakan sponsor di RTM walaupun kosnya berjuta. Ada juga yang akan mengambil peluang untuk membuat pengiklanan di RTM walaupun kos pengiklanan di TV beribu-ribu hanya untuk beberapa minit dan beberapa slot sahaja, ini kerana mereka tahu ramai pelanggan yang berpotensi sedang menonton iklan mereka semasa World Cup ditayangkan. Inilah win-win situation, yang mana kedua-duanya mendapat keuntungan masing-masing setelah membuat pelaburan. Semoga dengan keuntungan itu dapatlah digunakan dengan betul untuk membantu menjana ekonomi negara. Dengan ini saya kepilkan jadual perlawanan Piala Dunia 2018 mengikut waktu Malaysia. Majulah sukan untuk negara. Oyeah. #rtm #tabungharapan #worldcup #worldcup2018 #40juta #cukuplahakubayarincometaxbulanbulan (at Luzhniki Stadium)












