
seen from Russia
seen from Russia
seen from United States

seen from United States
seen from China
seen from Germany

seen from United States
seen from T1
seen from Jordan
seen from Kenya

seen from United States
seen from Vietnam
seen from Brazil
seen from Malaysia

seen from T1
seen from Argentina
seen from South Korea

seen from United States
seen from South Korea

seen from Brazil
[86:12] وَٱلۡأَرۡضِ ذَاتِ ٱلصَّدۡعِ
Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan. [86:12]
Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan. Pembiakan tanaman berlaku menerusi benih tanaman, sama ada menerusi biji benih atau keratan ranting. Amalan agronominya ialah dengan memasukkan benih tanaman itu ke dalam tanah, kemudian ditimbus dan dipadadatkan tanahnya. Kerja seumpama ini biasanya dilakukan oleh para petani.
Justeru itu para petani disebut di dalam al-Qur’an sebagai kuffar, iaitu orang-orang yang menyembunyikan benih tanaman ke dalam tanah. [57:20]
Selepas beberapa hari sulur tanaman yang lembut itu keluar menujah tanah yang dipadatkan ke atasnya tadi. Maka kenapa kamu masih berdegil, tidak mahu menjadi hamba yang taat? Tidakkah kamu perhatikan apa yang kamu tanam? [56:63]
Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya? [56:64]
Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur sebelum sempat tumbuh atau berbuah, maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan kehairanan penuh penyesalan. [56:65]
Sambil berkata: “Sesungguhnya kami kini menanggung kerugian.” [56:66]
Bahkan kami kecewa tidak beroleh sebarang hasil. [56:67]
Kalau begitu, belum tibakah masanya untuk manusia menundukkan hatinya kepada al-Qur'an - baca, faham, amal, ajar, sebar dan sabar?
اللهم حبب إلينا الإيمان وزينه في قلوبنا، وكره إلينا الكفر والفسوق والعصيان واجعلنا من الراشدين.