130717 Siapa yang mampu melupakan momen indah saat Siti Nordiana bersama Arwah Achik Spin mencipta fenomena di awal tahun 2000. Duet dan gandingan mereka menjadi formula terbaik syarikat rakaman FMC music ketika itu. Lagu Paling Comel, Memori Berkasih dan Gurauan Berkasih antara yang meninggalkan impak tersendiri. Susuri kisah Siti Nordiana yang kini turut berduet dengan penyanyi bervokal padu, Jaclyn victor menerusi lagu Nisan Cinta Mari sama sama kita sedekahkan Alfatihah buat arwah Achik dan mereka yang lebih dulu mengadap Ilahi.










