#Repost @seadanya_aku • • • • • ELVINA AS WINA . . . Nantikan drama adaptasi novel Seadanya Aku karya @rissa_ahdiya di slot Akasia @tv3malaysia @dramasangat . Menyatukan semula gandingan pelakon Zara Zya dan Azlee Khairi. Drama arahan Feroz Kader, terbitan Country Universal Sdn Bhd. Bakal ditayangkan pada 15 Januari 2020. JUDUL : SEADANYA AKU TARIKH TAYANGAN : 15 Januari 2020 WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam SIARAN TV : Slot Akasia @tv3malaysia @dramasangat PENULIS NOVEL : @rissa_ahdiya PENGARAH : @ferozkader_75 PRODUKSI : @countryuniversalsdnbhd PELAKON : Zara Zya, Azlee Khairi, Elvina Mohamad, Dayana Roza, Redza Rosli, Fadlan Hazim, Sharifah Husna, Azri Iskandar, Ainina Ahmad WATAK PELAKON @zarazya sebagai Aufiya @azleekhairiofficial sebagai Zarul @elvinamohamad sebagai Wina @dayanaroza sebagai Zureen @redzarosli sebagai Taufik @fadlanhazim sebagai Hadi SINOPSIS SEADANYA AKU Segalanya seakan hancur buat Aufiya. Disaat hari perkahwinan, tunangnya Taufik tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janji Taufik untuk menerima dirinya seadanya dia, hanya tinggal janji. Namun muncul Zarul yang menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan itu. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalah kerana lelaki itu merupakan tunang kepada Wina yang juga sahabat baiknya. Perkahwinan itu tidak mampu Aufiya khabarkan hatta kepada kawan-kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam. Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri. Aufiya bersahabat baik dengan Wina dan Zureen sejak zaman sekolah lagi dan sampai ke alam pekerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari wujud perasaan cemburu antara mereka. #SeadanyaAku #slotakasiatv3 #comingsoon Semakin menghampiri #akasiatv3 #seadanyaaku #azleekhairi #zarazya #redzarosli @tv3malaysia Reposted from @azleekhairioffici (at Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/B7Zl2x_AxGI/?igshid=1vtyir3qc2xw0