#Throwback Oja - Cepat-Cepat (1993) Album kedua Oja berjudul “Cepat-Cepat” juga diterbitkan oleh Ayah saudara Oja iaitu @khairool_idlan dan diedarkan oleh @liferecordsmy Album ini juga mempunyai 10 buah lagu antaranya adalah “Maafkanku Ibu..” Album ini bagi saya kurang mendapat sambutan mungkin kekurangan dari promosi. Bagaimanapun lagu “Maafkanku ibu” kerap juga dimainkan dicorong radio pada waktu itu. Lagu yg bertajuk “peperiksaan” adalah penulisan lirik pertama drp saya..(tak ingat dah lagu dia mcm mana rupa 🤣) Album ini dirakam sepenuhnya di Fantasia Studio di Taman Maluri,Cheras dimana Abg Lan Laga yg sedang bertugas disitu. Berbanding album “Anak jalanan” sepenuhnya dirakamkan di Channel 11 studio. Pada umur ini Oja juga kerap giat berlakon beberapa drama TV. Lagu yg berjudul “Manusia” yg terdapat dlm album ini pernah tercalon di dalam rancangan Muzik2.Tapi mcm biasa lah..Terkeluor 🤣 Setakat album kedua ini,Oja rasa semakin berminat terhadap pekerjaan studio rakaman dan tugasan di belakang tabir adalah sgt menyeronokkan walaupun rumit.Oleh kerana waktu ni masih kecil,kena lah tgu pakndak(Khairool Idlan) selesai tugasan.Jadi,kita pun layan membuta la bawah Piano..Aircon sejuk 🤪 Untuk album ini mmg sgt kurang undangan persembahan berbanding album yg sebelum ini. Walaubagaimanapun bagi Oja ini adalah baru permulaan.. Ok ini je yg ingat setakat ni.. 😁 Kalau korang tahu tentang album ni jemput lah komen dibawah.. Nota kaki :- Masa ni dah gila gitar letrik 🤪 #Oja #AlbumOja #2ndAlbum #OjaGv7 #Artis90an #MalaysianSinger #Musicians (at Tunable Record Sdn Bhd) https://www.instagram.com/p/Cl45tisJqmj/?igshid=NGJjMDIxMWI=







