Fund Raising Gala Dinner Electro bersama Anuar Zain dan Alyah
Kuala Lumpur : Pasukan Electro, yang akan mewakili Malaysia dalam pertandingan F1 in Schools Technology Challenge peringkat antarabangsa pada September akan datang, sedang bekerjasama dengan Syarikat Prima Juta Resources menganjurkan majlis makan malam pada 25 Julai 2015 (Sabtu) di Shah Alam Convention Centre (SACC).
Majlis makan malam anjuran Prima Juta Resources dan Electro menampilkan artis terkenal iaitu Anuar Zain sebagai artis utama dan Alyah, akan mempersembahkan beberapa buah lagu semasa majlis makan malam tersebut. Majlis juga bakal diceriakan dengan kehadiran Sharifah Shahirah sebagai pengacara majlis.
Tujuan utama majlis makan malam ini adalah untuk mengumpulkan dana bagi pasukan Electro yang akan bertanding pada bulan September kelak.
Tiket terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Topaz (RM885), Emerald (RM685), Ruby (RM485) dan juga Sapphire (RM285). Tiket-tiket yang telah dinyatakan tadi boleh dibeli menerusi laman web www.ticketcharge.com.my atau melalui talian hotline mereka (+03-9222 8811). Manakala, terdapat tiket-tiket VIP, iaitu VIP1 dan VIP2, yang boleh dibeli dengan menghubungi En Mohd Azizi Che On (011-1299 3464), pejabat Prima Juta Resources (03-6038 1326) atau Pn Kashnani Mat Nor (019-2414090)













