Najib tiba di Mahkamah Kuala Lumpur untuk hadapi pertuduhan
https://www.hokaloh.news/berita-semasa/najib-tiba-di-mahkamah-kuala-lumpur-untuk-hadapi-pertuduhan/
Najib tiba di Mahkamah Kuala Lumpur untuk hadapi pertuduhan
Berita Semasa Hokaloh News
Najib tiba di Mahkamah Kuala Lumpur untuk hadapi pertuduhan
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 8.50 pagi ini untuk menghadapi pertuduhan berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.
Beliau hadir berpakaian sut kelabu di kompleks mahkamah.
Sejurus tiba, Najib terus dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen 9 untuk sebutan kes di bawah kawalan ketat pihak polis.
Peguam Negara Tommy Thomas akan mengetuai pendakwaan.
Beliau dijangka akan didakwa dengan tiga pertuduhan mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLATFA) 2001 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Rabu.
Ia membabitkan kesalahan antaranya, secara langsung atau tidak langsung, dalam transaksi hasil aktiviti haram, memperoleh, menerima, memiliki, mengalihkan atau membawa masuk ke dalam negara hasil aktiviti haram.
Di bawah Seksyen 4 AMLATFA 2001, jika disabit boleh didenda maksimum RM5 juta atau dipenjara lima tahun, atau kedua-duanya sekali.
Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan melakukan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Beliau mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan atas keempat-empat pertuduhan berkenaan.
(function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));











