New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/10/15/che-ta-dapat-tajaan-5-angka-lahirkan-anak/
Che Ta dapat tajaan 5 angka lahirkan anak
KUALA LUMPUR, 15 Oktober:
Selebriti jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan mesra `Che Ta’ bakal melahirkan anak dengan mendapat tajaan sepenuhnya daripada Hospital Ampang Puteri.
Aktres tersebut memang cukup bertuah kerana turut bakal mendapat layanan kelas pertama termasuk urusan di bilik bersalin, bilik penginapan serta rawatan secara percuma.
Kos bersalin di Hospital Ampang Puteri difahamkan boleh mencecah lima angka, tambahan pula jika melibatkan sebarang pembedahan.
Che Ta dan pasangannya, Zain Saidin dijangka bakal menimang cahaya mata pertama mereka pada awal November.
Selain mendapat tajaan kos bersalin, perjalanan kelahiran anak Che Ta dan Zain juga akan ditayangkan secara eksklusif di Astro.
Pasangan romantis ini bernikah pada Disember lalu dan kini sedang menunggu hari untuk kelahiran bayi pertama mereka.