Trend Baju Pengantin Terkini, Mengikut Majlis
Perkahwinan merupakan suatu perjalanan yang indah semestinya dapat mewujudkan disiplin rumah tangga antara suami dan isteri serta ibu dan bapa yang menerajui kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga. Malah, perkahwinan memupuk pasangan untuk saling memelihara kehoramatan dan maruah kesopanan kedua-dua belah pihak.
Kebiasaannya, budaya masyarakat Malaysia dalam meraikan suatu perkahwinan adalah dengan 3 jenis majlis. Majlis tersebut menjadi sinonim atau trend di kalangan bakal pengantin serta diraikan dengan pakej perkahwinan yang pelbagai. Terdapat trend pemakaian pasangan pengantin mengikut majlis-majlis tersebut dan antaranya:
Majlis malam berinai ini sebenarnya adalah budaya masyarakat india dan kini telah menjadi trend di kalangan setiap masyarakat di Malaysia. Malam berinai adalah sebahagian majlis persediaan untuk pasangan pengantin sebelum keesokan harinya diijabkabulkan/ dinikahkan. Pada majlis ini, selalu akan ditetapkan tema tertentu seperti tema Bollywood, Puteri Raja, tradisonal kain batik pelikat dan sebagainya. Sudah tentu bagi bakal pengantin mereka akan mengenakan pakaian yang sedondon bersesuaian dengan tema dan seterusnya akan mengenakan inai di jari, tangan dan boleh juga di bahagian kaki mengikut permintaan pengantin. Malah bukan hanya pasangan pengantin tetapi juga, rakan, sahabat handai dan keluarga rapat akan turut serta bersama berinai.
Majlis pernikahanan dimaksudkan dengan majlis dimana pasangan pengantin diijabkabulkan menjadi suami dan isteri. Pada kebiasaannya, majlis ini dapat diadakan di 3 tempat iaitu samada di rumah pengantin perempuan, dewan pilihan pengantin ataupun di masjid. Pada majlis pernikahan, pasangan pengantin melayu akan mengenakan pakaian yang lebih sopan dan lebih tradisional berbanding majlin persandingan/ bertandang. Menjadi sinonim bagi pengantin lelaki mengenakan baju melayu samada tradisional ataupun kontemporari. Manakala bagi pengantin perempuan pula akan mengenakan baju kurung moden ataupun dress labuh dipadankan bersama “veil”. Untuk majlis pernikahan, warna putih lebih banyak digunakan kerana menampakkan kesucian pasangan dalam memulakan sebuah kehidupan bersama yang baru. Selain pilihan warna putih, warna-warna lain yang lembut juga adalah pilihan pasangan pengantin masa kini seperti rona biru cair, krim, dan lain-lain.
3. Majlis Persandingan/ Bertandang
Majlis persandingan atau bertandang merupakan majlis dimana pasangan pengantin menghebahkan berita perkawinan mereka kepada umum seperti rakan-rakan dan sanak saudara. Di majlis ini pasangan pengantin akan berarak dari sesebuah tempat ke majlis itu bagi meraikan hubungan suami dan isteri yang baru dibina. Selalunya, pada majlis persandingan, jumlah tetamu yang hadir adalah lebih ramai berbanding di majlis pernikahan kerna majlis nikah lebih tertumpu untuk kenalan rapat dan keluarga terdekat. Pada majlis persandingan/bertandang ini pasangan pengantin akan berpakaian seperti Raja dan Ratu. Wana pakaian pasangan pengantin pulak adalah lebih menyerlah, dan boleh memlih apa sahaja warna asalkan ianya sesuai bagi fizikal paras pasangan.
Terdapat pelbagai lagi koleksi pakaian pengantin yang semakin popular di Malaysia dan mampu memikat hati semua kerana perincian yang sangat kemas dan cantik. Malah, pakaian pengantin di Malaysia menjadi kegilaan dan popular di seluruh dunia serta menjadi ikutan negara lain.