#beratur #barunaklunch #nasiganja #ipoh ingat time nie kurang org... (at Nasi Ganja Ipoh)
seen from Yemen
seen from United States
seen from United Kingdom
seen from China
seen from Türkiye
seen from China
seen from United States

seen from United Kingdom

seen from United States

seen from United Kingdom
seen from Saudi Arabia
seen from United States

seen from United Kingdom

seen from Italy
seen from United States
seen from Italy
seen from Italy

seen from United States

seen from Belgium
seen from Germany
#beratur #barunaklunch #nasiganja #ipoh ingat time nie kurang org... (at Nasi Ganja Ipoh)
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/07/11/popia-istimewa-jana-pendapatan-lumayan/
Popia istimewa jana pendapatan lumayan
KUALA LUMPUR, 11 Julai:
Peluang untuk berniaga di bazar Ramadan pastinya tidak akan dilepaskan semua peniaga, terutamanya di sekitar Lembah Klang.
Malah, bulan ini sentiasa dinanti-nantikan peniaga bagi meraih pendapatan lumayan berbanding hari biasa.
Bagi peniaga popia basah, Shahiful Al Rahman Mohd Bakar, 49 tahun, dia mampu meraih sehingga RM800 sehari, berbanding RM400 pada hari biasa.
Dia yang berniaga di bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) berkata, walaupun masih di awal Ramadan, dia sudahpun menerima tempahan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Setakat ini, saya sudah menerima tempahan beberapa ribu popia basah untuk rumah terbuka,” katanya kepada The Rakyat Post.
Malah menurutnya, dia pernah menerima tempahan popia basah sebanyak 3,000 batang daripada seorang bekas menteri untuk majlis rumah terbuka beliau.
Berpengalaman lebih 10 tahun menjual popia basah, Shahiful yang berasal dari Teluk Intan, Perak, berkata pada hari biasa, dia menjual popia basah di tepi jalan di Jalan Tun Fuad, mulai jam 3.30 petang sehingga 6.30 petang.
“Pada bulan puasa, saya berniaga di tapak bazar Ramadan TTDI bermula 1 sehingga 25 Ramadan sahaja, kerana saya perlu pulang ke kampung,” ujarnya.
Tanpa berselindung, Shahiful mendedahkan rahsia popia basah yang menjadi kegemaran ramai itu terletak pada sosnya yang memerlukan 3 jam untuk disiapkan.
“Sos perlu dimasak lama, iaitu selama tiga jam supaya campuran yang digunakan sebati. Antara bahan yang digunakan adalah sos cili, gula dan bawang yang telah dikisar bersama cili kering.
“Ini merupakan resipi isteri saya. Kesemua dibuat oleh dia, daripada kulit popia sehinggalah sos. Saya cuma gulung dan jual,” katanya.
Sementara itu, penggemar popia basah Shahiful turut mengakui keistimewaan popia itu terletak pada sosnya.
Mohd Azri Manap, 35 tahun berkata, walaupun ada banyak gerai lain yang turut menjual popia basah, namun popia basah Shahiful cukup berbeza dari segi rasa dan harganya juga berpatutan.
“Popia basah Pak Cik Saiful memang lain daripada yang lain. Sos yang digunakan tidak sama dengan sos popia basah lain. Harganya pun cukup murah, iaitu hanya 70 sen,” katanya.
Bagi pelanggan tetap Shahiful, Raisyah Muhammad, 29 tahun, bahan yang digunakan dalam popia basah itu semuanya segar.
“Popia ini banyak menggunakan taugeh, jagung, kacang goreng yang ranggup dan udang kering yang kesemuanya segar dan tidak lembik, kerana ia hanya direbus,” katanya.
Seorang kerani bank, Mohamad Faizal Rawi, 38 tahun, berkata kesedapan popia basah Shahiful turut menjadi buah mulut orang ramai.
Malah menurutnya, ramai yang terpaksa beratur panjang untuk membeli makanan kegemaran mereka itu.
“Walaupun gerai belum dibuka, orang ramai sudah ada yang mula beratur,” katanya.