seen from Russia
seen from Türkiye

seen from Sweden

seen from Vietnam
seen from United States

seen from United States
seen from Hong Kong SAR China
seen from Germany

seen from Sweden
seen from Colombia

seen from New Zealand
seen from Singapore
seen from Sweden
seen from China
seen from Russia
seen from Brazil

seen from Malaysia
seen from Canada

seen from United States
seen from United States
Projek Smiles dan mendaki bukit Broga
Projek Smiles dan mendaki bukit Broga. #BlooggerMedia #AkuBiomed
Sudah lama pasang impian hendak mendaki bukit Broga di Semenyih. Akhirnya hasrat pendakian tersebut tercapai pada hari Sabtu 21 May 16. (more…)
View On WordPress
Broga Hill, 1312 ft
Broga Hill, 1312 ft
Me sleeping as we reached the first peak of Broga Hill NOT because I was tired but because I didn’t actually sleep/rest the night before this hike convincing myself that we would go down as fast and be home as fast so I could have more sleep at home. So the last photo was when we reached the third peak, the last peak of Broga Hill, when I had another nap so I’d be energized to go down and drive…
View On WordPress
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/sosial/2015/01/30/tujuh-destinasi-menarik-untuk-hujung-minggu-panjang-warga-kota-2/
Tujuh destinasi menarik untuk hujung minggu panjang warga kota
MINGGU INI wargakota, khususnya di tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bakal menikmati cuti rehat hujung minggu yang panjang selama empat hari bermula esok, dan oleh kerana cuti umum sempena sambutan Hari Wilayah pada 1 Februari jatuh pada Ahad, maka ia dibawa ke hari Isnin.
Manakala pada Selasa pula kebetulan adalah cuti umum sempena perayaan Thaipusam di kalangan penganut Hindu.
Jadi, selain berharap untuk merehatkan diri di rumah menjelang hujung minggu yang panjang ini, pastinya anda juga tidak terlepas daripada keinginan untuk berseronok dengan melakukan aktiviti menghiburkan.
Berbelanja di pusat beli-belah, menonton wayang, berkaraoke dan berkelah adalah pengisian hujung minggu yang klise.
Jika anda mahukan perubahan dan menjadikan hujung minggu anda lebih mengujakan, apa kata kunjungi tujuh destinasi menarik ini.
Setiap satu daripadanya akan menyediakan pengalaman baharu kepada anda terutama mereka yang hanya tahu cara hiburan ibu kota.
1) JumpStreet
Lokasi: No. 8A, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor Atrium, D’Piazza Mall, 70 Jalan Mahsuri, Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang Telefon: 03-7969 1051 Laman web: www.jumpstreetasia.com
Anda tertekan dengan beban kerja di pejabat atau sedang berdepan kemurungan selepas putus cinta?
Mungkin anda boleh meredakan kecamuk perasaan itu dengan melompat di atas trampolin.
JumpStreet, taman trampolin terbesar di Asia ini merupakan pusat hiburan berorientasikan kecergasan yang sesuai untuk semua peringkat usia.
Selain berpeluang melakukan lompatan bebas, anda juga boleh menyertai aktiviti yang ditawarkan seperti dodgeball dan lompatan aerobik.
Kesemua aktiviti dijalankan di atas trampolin dan diselia petugas profesional.
Dibuka setiap hari, kadar bayaran ke taman trampolin ini ditetapkan pada RM25 (hari puncak termasuk Sabtu dan Ahad) untuk jam pertama.
Anda digalakkan untuk menempah sesi pilihan terlebih dahulu menerusi laman webnya.
Puncak Bukit Broga. – Foto www.danarif.com
2) Bukit Broga
Lokasi: Semenyih, Selangor.
Rasanya hampir semua warga kota mengetahui kewujudan lokasi ini.
Dahulu ia hanya popular dalam kalangan pendaki dan pencinta alam semula jadi.
Namun sejak beberapa tahun lalu, Bukit Broga menjadi bualan umum sebagai satu destinasi hijau buat pelepas tekanan.
Sekiranya anda berhajat untuk memulakan hujung minggu di sini, pastikan bangun awal kerana perjalanan untuk ke sini memakan masa kira-kira 40 minit dari pusat bandar raya Kuala Lumpur.
Untuk tiba di puncak bukit setinggi 400 meter ini, anda memerlukan masa selama 20 hingga 45 minit, tetapi ia bergantung kepada tahap kecergasan anda.
Hanya perlu membayar RM2 untuk ruang parkir, keletihan mendaki pasti hilang apabila kabus subuh terhampar di hadapan mata dan ditambah pula dengan kehijauan panorama dan jingga langit saat matahari mula terbit.
Lampu LED di i-City. – Foto www.i-city.my/tourism
3) i-City
Lokasi: D-1-G, Jalan Multimedia 7/AJ, City Park, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor Telefon: 03-5521 8800 Laman web: www.i-city.my/tourism
Taman teknologi ini semakin popular dalam kalangan warga kota yang sudah bosan dengan taman-taman tema sedia ada.
Tarikan i-City terletak pada kepelbagaian fasilitinya yang bersesuaian dengan semua orang khususnya mereka yang berkeluarga.
WaterWorld misalnya menepati keinginan mereka yang gemar bermain air, malah ia adalah taman tema air pertama di Asia Tenggara yang dilengkapi Tornado Ride.
Bagi yang teringin merasai kedinginan seperti di negara empat musim pula bolehlah memasuki Snowalk, persekitaran Artik terbesar di Malaysia.
Menjelang malam pula, bersiap sedia untuk terpukau dengan keindahan lampu-lampu LED.
Sebanyak satu juta lampu LED digunakan bagi menerangi langit malam secara bertema.
Lampu-lampu tersebut disusun cantik pada pohon-pohon mapel dan pain buatan, sekali gus menghidupkan suasana romantik buat pasangan yang sedang hangat bercinta.
Icescape Ice Rink – Foto www.facebook.com/icescapeicerink
4) Icescape Ice Rink
Lokasi: Tingkat 1, iOiCity Mall, Lebuh IRC, iOi Resort City, 62502 Putrajaya Laman web (Facebook): www.facebook.com/icescapeicerink
Meskipun ia bukan gelanggang luncur ais pertama di negara ini, namun Icescape Ice Rink merupakan satu-satunya fasiliti luncur ais bersaiz Olimpik di Malaysia.
Dengan keluasan 30m x 60m (180 meter persegi), pergerakan anda akan lebih lancar dalam ruangnya yang besar.
Bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan aktiviti luncur ais, inilah lokasi tepat untuk anda berlatih.
Selain itu, ia juga gelanggang terbaik buat peluncur ais profesional ataupun untuk perlawanan hoki ais.
Permukaan aisnya diperbaharui setiap empat kali dalam sehari dan ia beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Sekiranya anda berkunjung pada hujung minggu, cuti umum atau musim cuti persekolahan, bayaran kemasukan yang dikenakan hanyalah sebanyak RM28.
Escape Room. – Foto www.escaperoom.international
5) Escape Room
Lokasi: 07-96, Tingkat 7, pusat beli-belah Berjaya Times Square, Entertainment Podium, No.1 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur Lot 2-01 (ii), Tingkat 2, pusat beli-belah eCurve, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Unit 2, 3 & 4, Tingkat 3, Blok K, Setiawalk Mall, Persiaran Wawasan, 47160 Pusat Bandar Puchong, Selangor No. 111-1, Tingkat 1, Jalan Mahogani 5, Bandar Botanic, 41200 Klang, Selangor Lot 3-13B, pusat beli-belah 1st Avenue, 182 Jalan Magazine, 10300 Georgetown, Pulau Pinang L4-029, Sutera Mall, No. 1, Jalan Sutera Tanjung 8/4, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor Lot T07-T10, Tingkat 3, Seremban Prima, Jalan Dato’ Bandar Tunggal, 70000 Seremban, Negeri Sembilan Telefon: 03-2141 0653 (Kuala Lumpur), 03-7732 9198 (Petaling Jaya), 1700 816 218 (Puchong), 03-3323 2213 (Klang), 04-261 5571 (Pulau Pinang), 010-510 0931 (Johor) dan 06-762 2751 Laman web: www.escaperoom.com.my
Anda seorang yang sukakan cabaran kebijaksanaan dan kemahiran kerjasama berkumpulan?
Jika ya, Escape Room ialah tempat yang sesuai untuk anda.
Menariknya permainan di sini, ia menggunakan simulasi teka-teki sebagai medium hiburan utama kepada pengunjung.
Anda perlu datang secara berpasukan dengan minimum dua orang dan maksimum lapan anggota.
Kemudian anda sekumpulan akan dikunci di dalam sebuah bilik bersama senario pilihan anda yang ditawarkan di cawangan Escape Room masing-masing.
Dalam tempoh 45 minit, anda dan rakan sepasukan perlu menyelesaikan rangkaian teka-teki menggunakan elemen-elemen yang ditemui di dalam bilik tersebut.
Anda hanya akan keluar dari bilik itu selepas teka-teka tersebut berjaya diselesaikan atau sesudah tamat tempoh yang ditetapkan.
ATV Adventure Park – Foto www.atvmobile39.blogspot.com
6) All Terrain Vehicle @ ATV Kg. Kemensah
Lokasi: ATV Adventure Park, Kg. Kemensah, 68000 Hulu Kelang, Kuala Lumpur Telefon (untuk tempahan): 019-244 8544 (Saiful) Laman web: www.atvadventurepark.com
Satu lagi aktiviti lasak yang boleh dilakukan di pedalaman ibu kota adalah sukan ATV di ATV Adventure Park.
Sebanyak 80 unit ATV disediakan di sini dan selepas sembilan tahun beroperasi, lokasi ini semakin digemari kebanyakan orang bandar menjelang hujung minggu.
Empat pakej yang ditawarkan membawa pengunjung meneroka kawasan rimba yang masih terpelihara keasliannya.
Durasi kembara ATV bergantung kepada pakej pilihan anda, sama ada selama satu hingga satu jam setengah, dua hingga dua jam setengah atau tiga hingga empat jam.
Anda juga akan dibawa ke pinggir hutan, menyaksikan keindahan air terjun dan jika anda membayar lebih, waktu untuk bermandi-manda turut diperuntukkan.
Pakej bermula pada harga RM100 hingga RM300.
7) Cruise Tasik Putrajaya
Lokasi: Jeti Putra, Jambatan Putra, Presint 1, 62000 Putrajaya Telefon: 03-8888 5539 Laman web: www.cruisetasikputrajaya.com
Putrajaya bukan sahaja memiliki tarikan reka bentuk bangunan moden yang mengagumkan, malah ia juga sebuah destinasi pelancongan baharu yang tidak sesak.
Benar, kalau anda mahukan kelapangan daripada hiruk-pikuk keramaian, anda patut mencuba menaiki bot persiaran di Putrajaya.
Sekiranya anda sekadar mahu duduk bersantai sambil menikmati deruan angin, naikilah Bot Persiaran Belimbing.
Kenderaan air yang mampu memuatkan 76 penumpang itu akan membawa anda membelah Tasik Putrajaya selama 45 minit.
Namun, jika mahukan pengalaman menikmati makan tengahari, minum petang atau makan malam di atas bot, maka Bot Persiaran Daun, Kelah atau Sebarau merupakan alternatif terbaik.
Dalam tempoh pelayaran selama satu hingga dua jam, anda akan disajikan dengan hidangan menyelerakan yang disediakan oleh Hotel Shangri-La, Putrajaya.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/kolumnis/2015/01/30/tujuh-destinasi-menarik-untuk-hujung-minggu-panjang-warga-kota/
Tujuh destinasi menarik untuk hujung minggu panjang warga kota
MINGGU INI wargakota, khususnya di tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bakal menikmati cuti rehat hujung minggu yang panjang selama empat hari bermula esok, dan oleh kerana cuti umum sempena sambutan Hari Wilayah pada 1 Februari jatuh pada Ahad, maka ia dibawa ke hari Isnin.
Manakala pada Selasa pula kebetulan adalah cuti umum sempena perayaan Thaipusam di kalangan penganut Hindu.
Jadi, selain berharap untuk merehatkan diri di rumah menjelang hujung minggu yang panjang ini, pastinya anda juga tidak terlepas daripada keinginan untuk berseronok dengan melakukan aktiviti menghiburkan.
Berbelanja di pusat beli-belah, menonton wayang, berkaraoke dan berkelah adalah pengisian hujung minggu yang klise.
Jika anda mahukan perubahan dan menjadikan hujung minggu anda lebih mengujakan, apa kata kunjungi tujuh destinasi menarik ini.
Setiap satu daripadanya akan menyediakan pengalaman baharu kepada anda terutama mereka yang hanya tahu cara hiburan ibu kota.
1) JumpStreet
Lokasi:
No. 8A, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Atrium, D’Piazza Mall, 70 Jalan Mahsuri, Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Telefon: 03-7969 1051
Laman web: www.jumpstreetasia.com
Anda tertekan dengan beban kerja di pejabat atau sedang berdepan kemurungan selepas putus cinta?
Mungkin anda boleh meredakan kecamuk perasaan itu dengan melompat di atas trampolin.
JumpStreet, taman trampolin terbesar di Asia ini merupakan pusat hiburan berorientasikan kecergasan yang sesuai untuk semua peringkat usia.
Selain berpeluang melakukan lompatan bebas, anda juga boleh menyertai aktiviti yang ditawarkan seperti dodgeball dan lompatan aerobik.
Kesemua aktiviti dijalankan di atas trampolin dan diselia petugas profesional.
Dibuka setiap hari, kadar bayaran ke taman trampolin ini ditetapkan pada RM25 (hari puncak termasuk Sabtu dan Ahad) untuk jam pertama.
Anda digalakkan untuk menempah sesi pilihan terlebih dahulu menerusi laman webnya.
2) Bukit Broga
Lokasi: Semenyih, Selangor.
Rasanya hampir semua warga kota mengetahui kewujudan lokasi ini.
Dahulu ia hanya popular dalam kalangan pendaki dan pencinta alam semula jadi.
Namun sejak beberapa tahun lalu, Bukit Broga menjadi bualan umum sebagai satu destinasi hijau buat pelepas tekanan.
Sekiranya anda berhajat untuk memulakan hujung minggu di sini, pastikan bangun awal kerana perjalanan untuk ke sini memakan masa kira-kira 40 minit dari pusat bandar raya Kuala Lumpur.
Untuk tiba di puncak bukit setinggi 400 meter ini, anda memerlukan masa selama 20 hingga 45 minit, tetapi ia bergantung kepada tahap kecergasan anda.
Hanya perlu membayar RM2 untuk ruang parkir, keletihan mendaki pasti hilang apabila kabus subuh terhampar di hadapan mata dan ditambah pula dengan kehijauan panorama dan jingga langit saat matahari mula terbit.
3) i-City
Lokasi: D-1-G, Jalan Multimedia 7/AJ, City Park, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5521 8800
Laman web: www.i-city.my/tourism
Taman teknologi ini semakin popular dalam kalangan warga kota yang sudah bosan dengan taman-taman tema sedia ada.
Tarikan i-City terletak pada kepelbagaian fasilitinya yang bersesuaian dengan semua orang khususnya mereka yang berkeluarga.
WaterWorld misalnya menepati keinginan mereka yang gemar bermain air, malah ia adalah taman tema air pertama di Asia Tenggara yang dilengkapi Tornado Ride.
Bagi yang teringin merasai kedinginan seperti di negara empat musim pula bolehlah memasuki Snowalk, persekitaran Artik terbesar di Malaysia.
Menjelang malam pula, bersiap sedia untuk terpukau dengan keindahan lampu-lampu LED.
Sebanyak satu juta lampu LED digunakan bagi menerangi langit malam secara bertema.
Lampu-lampu tersebut disusun cantik pada pohon-pohon mapel dan pain buatan, sekali gus menghidupkan suasana romantik buat pasangan yang sedang hangat bercinta.
4) Icescape Ice Rink
Lokasi: Tingkat 1, iOiCity Mall, Lebuh IRC, iOi Resort City, 62502 Putrajaya
Laman web (Facebook): www.facebook.com/icescapeicerink
Meskipun ia bukan gelanggang luncur ais pertama di negara ini, namun Icescape Ice Rink merupakan satu-satunya fasiliti luncur ais bersaiz Olimpik di Malaysia.
Dengan keluasan 30m x 60m (180 meter persegi), pergerakan anda akan lebih lancar dalam ruangnya yang besar.
Bagi mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan aktiviti luncur ais, inilah lokasi tepat untuk anda berlatih.
Selain itu, ia juga gelanggang terbaik buat peluncur ais profesional ataupun untuk perlawanan hoki ais.
Permukaan aisnya diperbaharui setiap empat kali dalam sehari dan ia beroperasi setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
Sekiranya anda berkunjung pada hujung minggu, cuti umum atau musim cuti persekolahan, bayaran kemasukan yang dikenakan hanyalah sebanyak RM28.
5) Escape Room
Lokasi:
07-96, Tingkat 7, pusat beli-belah Berjaya Times Square, Entertainment Podium, No.1 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
Lot 2-01 (ii), Tingkat 2, pusat beli-belah eCurve, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Unit 2, 3 & 4, Tingkat 3, Blok K, Setiawalk Mall, Persiaran Wawasan, 47160 Pusat Bandar Puchong, Selangor
No. 111-1, Tingkat 1, Jalan Mahogani 5, Bandar Botanic, 41200 Klang, Selangor
Lot 3-13B, pusat beli-belah 1st Avenue, 182 Jalan Magazine, 10300 Georgetown, Pulau Pinang
L4-029, Sutera Mall, No. 1, Jalan Sutera Tanjung 8/4, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor
Lot T07-T10, Tingkat 3, Seremban Prima, Jalan Dato’ Bandar Tunggal, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 03-2141 0653 (Kuala Lumpur), 03-7732 9198 (Petaling Jaya), 1700 816 218 (Puchong), 03-3323 2213 (Klang), 04-261 5571 (Pulau Pinang), 010-510 0931 (Johor) dan 06-762 2751
Laman web: www.escaperoom.com.my
Anda seorang yang sukakan cabaran kebijaksanaan dan kemahiran kerjasama berkumpulan?
Jika ya, Escape Room ialah tempat yang sesuai untuk anda.
Menariknya permainan di sini, ia menggunakan simulasi teka-teki sebagai medium hiburan utama kepada pengunjung.
Anda perlu datang secara berpasukan dengan minimum dua orang dan maksimum lapan anggota.
Kemudian anda sekumpulan akan dikunci di dalam sebuah bilik bersama senario pilihan anda yang ditawarkan di cawangan Escape Room masing-masing.
Dalam tempoh 45 minit, anda dan rakan sepasukan perlu menyelesaikan rangkaian teka-teki menggunakan elemen-elemen yang ditemui di dalam bilik tersebut.
Anda hanya akan keluar dari bilik itu selepas teka-teka tersebut berjaya diselesaikan atau sesudah tamat tempoh yang ditetapkan.
6) All Terrain Vehicle @ ATV Kg. Kemensah
Lokasi: ATV Adventure Park, Kg. Kemensah, 68000 Hulu Kelang, Kuala Lumpur
Telefon (untuk tempahan): 019-244 8544 (Saiful)
Laman web: www.atvadventurepark.com
Satu lagi aktiviti lasak yang boleh dilakukan di pedalaman ibu kota adalah sukan ATV di ATV Adventure Park.
Sebanyak 80 unit ATV disediakan di sini dan selepas sembilan tahun beroperasi, lokasi ini semakin digemari kebanyakan orang bandar menjelang hujung minggu.
Empat pakej yang ditawarkan membawa pengunjung meneroka kawasan rimba yang masih terpelihara keasliannya.
Durasi kembara ATV bergantung kepada pakej pilihan anda, sama ada selama satu hingga satu jam setengah, dua hingga dua jam setengah atau tiga hingga empat jam.
Anda juga akan dibawa ke pinggir hutan, menyaksikan keindahan air terjun dan jika anda membayar lebih, waktu untuk bermandi-manda turut diperuntukkan.
Pakej bermula pada harga RM100 hingga RM300.
7) Cruise Tasik Putrajaya
Lokasi: Jeti Putra, Jambatan Putra, Presint 1, 62000 Putrajaya
Telefon: 03-8888 5539
Laman web: www.cruisetasikputrajaya.com
Putrajaya bukan sahaja memiliki tarikan reka bentuk bangunan moden yang mengagumkan, malah ia juga sebuah destinasi pelancongan baharu yang tidak sesak.
Benar, kalau anda mahukan kelapangan daripada hiruk-pikuk keramaian, anda patut mencuba menaiki bot persiaran di Putrajaya.
Sekiranya anda sekadar mahu duduk bersantai sambil menikmati deruan angin, naikilah Bot Persiaran Belimbing.
Kenderaan air yang mampu memuatkan 76 penumpang itu akan membawa anda membelah Tasik Putrajaya selama 45 minit.
Namun, jika mahukan pengalaman menikmati makan tengahari, minum petang atau makan malam di atas bot, maka Bot Persiaran Daun, Kelah atau Sebarau merupakan alternatif terbaik.
Dalam tempoh pelayaran selama satu hingga dua jam, anda akan disajikan dengan hidangan menyelerakan yang disediakan oleh Hotel Shangri-La, Putrajaya.
MOHD ALIF ABU BAKAR atau ‘Acip Alif’ adalah produk Sains Komunikasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang kemudiannya bertugas sebuah akhbar tabloid arus perdana – masing-masing tiga tahun di meja berita dan meja rencana – sebelum mengambil keputusan menjadi penulis bebas.
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/04/06/10-pendaki-bukit-broga-dijumpai/
10 pendaki Bukit Broga dijumpai
Oleh: Sean Augustin
Kuala Lumpur, 6 April
Sepuluh pendaki yang dilaporkan hilang semalam ketika mendaki Gunung Tok Wan, Bukit Broga telah dijumpai.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Semenyih, Khairul Anuar berkata seorang pendaki yang berusia 20 tahun dilaporkan mengalami kecederaan di kaki, selebihnya tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Mereka semua berada dalam keadaan yang sangat letih,” katanya kepada The Rakyat Post.
Khairul berkata mereka ditemui di sebuah perkampungan orang asli, Kampung Kechau Dalam, kira-kira empat kilometer dari puncak bukit.
Pendaki yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat dan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Impian bersama empat orang dewasa memulakan pendakian jam 4 pagi.
Mereka dilaporkan hilang pada jam 11.55 pagi semalam apabila sesat di bukit berkenaan.
New Post has been published on The Rakyat Post
New Post has been published on http://www.therakyatpost.com/news/2014/04/06/all-10-broga-hikers-found/
All 10 Broga hikers found
By Sean Augustin
KUALA LUMPUR, April 6:
The 10 hikers reported lost yesterday while trekking on Gunung Tok Wan, Bukit Broga have been found.
Semenyih Fire and Rescue Department chief Khairul Anuar said none of the hikers were hurt, with the exception of a 20-year-old who sprained his leg.
“They were all very tired though,” he told The Rakyat Post when contacted.
The hikers, Khairul said, were discovered in Kampung Kechau Dalam, an Orang Asli village just four kilometres away from the peak.
Yesterday the 10 were reported missing at about 11.54am.
The missing comprised two groups of climbers, one group of six male students from SMK Saujana Impian, Kajang and another group of four adult male climbers who were also lost.
The Form Four and Five students started climbing the mountain at about 4am and stumbled upon the second group who were waiting for help to arrive.
The Selangor Fire and Rescue Department said they had received a call from the victims’ cell phones at 11.55am stating that they were lost.
This led to Search and Rescue operations involving security personnel, firefighters, the Civil Defence Department, Rela and the police.
MORE TO FOLLOW
New Post has been published on The Rakyat Post BM Version
New Post has been published on http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/04/06/10-hilang-di-bukit-broga/
10 hilang di Bukit Broga
Selangor, 6 April
SEPULUH orang dikhuatiri hilang ketika mendaki Gunung Tok Wan, Bukit Broga, pagi semalam.
Menurut Bernama, Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Mohd Sani Harul berkata, mereka dilaporkan hilang kira-kira jam 11.54 pagi.
“Sebaik saja menerima laporan, pasukan Bomba dan Penyelamat bergegas dan tiba di tempat kejadian kira-kira setengah jam selepas itu. Hingga sekarang mereka tidak dapat dikesan dan operasi mencari masih diteruskan,” katanya, semalam.
Mohd Sani berkata, mereka yang hilang adalah dua kumpulan pendaki, satu kumpulan merupakan pelajar lelaki dari SMK Saujana Impian, Kajang.
Kumpulan pelajar Tingkatan Empat dna Lima itu mula mendaki kira-kira jam 4 pagi.
“Kami menerima panggilan daripada telefon bimbit salah seorang daripada mereka jam 11.55am mengatakan mereka sesat. Kereta bomba pertama tiba di tempat kejadian kira-kira 12.24 tengah hari.
“Berdasarkan informasi, kumpulan pekajar itu bertemu sekumpulan empat lelaki pendaki yang juga sesat dan mereka berkumpul menunggu bantuan tiba,” katanya.
Mohd Sani berkata, operasi mencari dan menyelamat melibatkan anggota keselamatan, bomba dan penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam, Rela dan polis.
Operasi menjadi sukar kerana cuaca kurang baik dan keadaan bukit yang licin akibat hujan.
“Kamim masih mencari jalan terbaik untuk operasi mencari dan juga meminta bantuan daripada orang asli. Tiada kecederaan yang dilaporkan oleh mangsa kecuali mereka kepenatan dan kelaparan.”