PROLOG
Permulaan baru untuk kehidupan baru. (I hope. Been praying so much of changes in him, although aku sedar tidak semua yang kita mahu itu adalah yang terbaik...).
Benar. Aku terlalu kuat berharap! Berharapkan itu, berharapkan ini! Merasakan seolah diri ini begitu sempurna dan berhak untuk mendapatkan apa yang aku harapkan, sedangkan diri tidak pernah sesempurna manapun! Tapi ada hati mahukan kesempurnaan dalam hidup! Layakkah?!
“Awak jangan nak ‘syok’ sendiri dalam hiduplah! Sedar diri tu sikit!!!”
Bait-baik kata ini membuatkan aku tersentak seketika dalam angan harapan aku yang menggunung itu! Bait-bait kata yang seringkali bermain-main di minda hingga kini, dan ianya membuatkan aku makin dekat pada sang Pencipta! Sumpah! Aku seolah tersedar dari lamunan! Seolah tersedar dari mimpi indah yang kerap kali aku impikan sedangkan jauh di sudut hati, aku tahu itu semua hanya MIMPI! MIMPI TIDAK AKAN PERNAH MENJADI REALITI! KECUALI di SYURGA milik Allah swt sahaja!
Allahu...













