Diagnosis 2 by Anwar Fazal
My rating: 3 of 5 stars
3.5 bintang.
+++++
Diambil dari status semasa di awal pembacaan buku ini :
"Rasanya, aku akan cuba drafkan reviu tentang buku ini, di bahagian status aku, disebabkan buku ini mempunyai beberapa orang penulis dengan pelbagai kisah tersendiri, baik berdasarkan kisah sebenar, mahu pun rekaan semata-mata, berkisarkan pengalaman mereka sebagai seorang pengamal perubatan bertauliah dan profesional.
Untuk penulis pertama, Dr. Anwar Fazal, sejujurnya, aku membaca dengan penuh rasa anti-klimaks. Bahasa mudahnya, gaya penceritaan yang agak mendatar. Walau bagaimanapun, mesej ketuhanan yang ingin disampaikan, tetap berjaya dilorongkan untuk hati aku yang penuh titik-titik hitam."
Namun, aku tidak boleh mengelak daripada rasa terganggu dengan :
- titik noktah yang bersambung dengan ayat seterusnya,
- kesilapan ejaan, dan
- kekurangan penerangan untuk setiap istilah perubatan yang dirasakan agak asing buat aku.
Or maybe it's just me.
+++++
Ku teruskan pembacaan dengan penulis-penulis seterusnya dan mula menyukai cerita-cerita yang dilampirkan. Cerita-cerita yang ditulis oleh Dr. Mahyuddin dan Dr. Mafeitz (kalau tidak silap), bagi aku ckup menarik. Latar belakang setiap cerita berbeza-beza, maka menyerlahkan suasana baru buat aku yang belum berpeluang untuk menjelajah ke negara-negara yang dikisahkan itu.
+++++
Sehingga tiba pada bab yang ditulis Dr. Fatin Liyana, yang mana penulisan alam mayanya sudah lama aku ikuti. Gaya penceritaan tampak lebih santai berbanding penulis-penulis yang lain, cuma satu yang aku tak mampu nak tepis daripada menegur - it's "basically", not basicly. Banyak kali aku cuba semak ejaan di sana sini, manalah tahu mungkin ada khilaf pada pembacaan aku sendiri.
Dan aku amat gemar akan tulisannya yang bertajuk "Melawat". Kisah seorang anak yang sibuk menjaga ibu bapa orang lain di wad hospital, tetapi punya rasa ragu-ragu apabila perlu pulang melawat bapa sendiri yang sedang sakit. Pengajaran yang cukup tersirat, tapi amat bermakna. Terima kasih.
+++++
Penceritaan seterusnya jugak hampir santai, oleh Dr. Azah,kebanyakannya dalam bahasa Inggeris, tapi dengan berfokuskan kepada isi hati seorang doktor yang dikarang dalam sebuah diari. Maka, dapat kulihat perubahan emosi daripada sebelum si pencerita bertugas sebagai seorang pegawai perubatan siswazah, pertengahan fasa itu, sehinggalah beliau menghampiri saat kemuncak yang membuatkan beliau mempersoalkan kesanggupan untuk meneruskan kerjaya.
+++++
Penulisan seterusnya masih diteruskan dalam bahasa Inggeris juga. Ternyata ya, Dr. Beni Rusani ini punya kreativiti dan imaginasi yang agak menarik bagi aku. Aku amat gemar akan ceritanya yang bertajuk "A Timeless Story". Walaupun pada awalnya nampak agak klise - seorang doktor lelaki ingin melamar seorang jururawat yang sudah lama diminati. Tetapi, dengan sedikit elemen sains fiksyen, aku kira, berjaya membuatkan aku tertanya-tanya apa yang bakal terjadi seterusnya.
Oh ya, walaupun kisah itu cuma satu cerita pendek.
+++++
Akhirnya! Tahniah, Dr. Aizzat! Hampir sahaja aku menitiskan air mata ketika membaca "NORAD". Terdapat unsur-unsur saspens dalam penceritaan tersebut, (view spoiler)[bayangkan jika harus memilih antara pesakit dan isteri, dua-dua pula sedang bertarung nyawa! (hide spoiler)]
Ku kira pengarang terakhir ini berjaya menyelamatkan buku ini dari diletakkan dua bintang (2.5 bintang, lebih tepat).
+++++
Tahniah, pasukan Diagnosis2! Satu usaha yang baik jika mahu kerjaya doktor ini mahu didedahkan kepada masyarakat kita. Cuma, hmm, cuma, mohon disemak berulang kali kesilapan ejaan dan tanda baca, sayang jika buku sebaik ini punya kesalahan yang tampak kecil, tapi sebenarnya impaknya agak besar, bagi sesetengah pembaca (akulah tu!).
Sebaiknya, setiap istilah (jargon) perubatan diterangkan sedikit, secara ringkas pun tidak mengapa. Bukan sekadar diterjemahkan terus sahaja.
Apa-apa pun, tetap menanti buku terbitan anda yang seterusnya!
*****
29/4/2016, 8.27 a.m.
(while rushing up for my English class!)
Finally! Finished reading and review's coming up soon!
What an ending! I truly felt that somehow the final author, through his final story, saved the book for me. 3 stars for now.
View all my reviews