Malang buat N.Sembilan | Sukan Hokaloh News
https://www.hokaloh.news/sukan/malang-buat-n-sembilan-sukan-hokaloh-news/
Malang buat N.Sembilan | Sukan Hokaloh News
FAKTOR kelebihan beraksi di laman sendiri bukan lagi menjadi menjadi aset istimewa buat skuad Hobin Jang Hobin apabila diaibkan dengan kekalahan 1-3 ketika turun melayan kunjungan Melaka United dalam aksi terakhir saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.
Lebih malang apabila skuad kendalian Mario Lemos itu terpaksa menunggu keputusan perlawanan antara Kelantan dan Pahang sebelum mengesahkan slot terakhir ke kempen Piala Malaysia yang bakal membuka tirainya minggu depan.
Mario yang gagal menyembunyikan perasaan kecewa dengan dengan kekalahan itu menyifatkan kegagalan anak buahnya dalam merencakan perancangan pasukan menjadi antara punca kekalahan mereka pada aksi terakhir itu.
Katanya, pemain gagal mempamerkan aksi sebenar mereka sepertima mana yang diharapkan selain mengulangi kesilapan mudah sehingga membenarkan pasukan lawan menguasai perlawanan dengan menjaringkan gol kemenangan.
“Saya lihat pemain gagal mengikuti arahan dengan baik ,selain beberapa kesilapan yang dilakukan sehingga, membuatkan kami mudah dihukum pemain lawan. Saya sudah cuba merangka strategi terbaik tetapi semuanya kelihatan tidak menjadi.
“Malah ketiadaan tonggak utama kita, Nicolas Velez yang kurang cergas turut memberi impak kepada kekuatan dan persembahan pasukan malam ini sehingga merencatkan usaha kita untuk menamatkan saingan dengan kemenangan,” katanya.
Sementara itu, pengurus baharu kem Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Najib Abdullah melahirkan nada yang sama sambil menyifatkan kekalahan itu secara tidak langsung bukan sahaja menjejaskan reputasi pasukan malah menyukarkan hasrat skuad Hobin Jang Hobin untuk mendapatkan laluan mudah ke saingan Piala Malaysia musim ini.
“Jadi dengan kekalahan ini, kami terpaksa bergantung kepada keputusan perlawanan antara Kelantan dengan Pahang.
“Begitupun saya ucapkan tahniah kepada kesemua pemain kerana mereka sudah berusaha keras untuk menang tetapi ketiadaan beberapa pemain utama, menyebabkan kita sukar memberikan tentangan terbaik terhadap MU,” katanya..
Terima Kasih Kerana Membaca 🙂
window.fbAsyncInit = function() FB.init( appId : '1705702019450882', cookie : true, xfbml : true, version : 'v3.0' );
FB.AppEvents.logPageView();
(function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "https://connect.facebook.net/en_US/sdk.js"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk')); (function(d, s, id) var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&appId=173526816586576&version=v2.3"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));