segelas air Seorang cikgu mengajar psikologi pengurusan stress. Dia mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya "kamu rasa berapa berat gelas ini?" Semua pelajar dlm kelas itu rata-rata menjawab 50gm ke 400gm. "berapa berat gelas ini tidak penting. Yang penting adalah, berapa lama saya boleh mengangkat gelas ini. 1 minit.. mungkin tiada masalah, 1jam.. Tangan akan mula sakit. 1 hari.. tangan akan jadi kebas dan lumpuh. Berat gelas ini tidak akan berubah. Semakin lama saya mengangkatnya semakin berat saya rasa." Gelas ini ibarat tekanan dan kebimbangan dalam hati kita. Semakin lama kita membawanya, semakin tertekan kita rasa dan akhirnya kita jadi paralyzed. Letakkan gelas itu. Lepaskan segala kerisauan yg menghuni fikiran kita sekarang. Jangan biarkan sampai berbulan kerana ia tidak akan pernah berkurang. ia hanya akan menyeksa dan menyusahkan kita untuk pergi lebih jauh lagi. Jadi, lepaskan saja. Selamat pagi. Salam sayang, Mamy yuyung #inspirasi #katakatamotivasi #lifeisbeautiful #dontbestress #focus #consistent #naksenyumje #mamygojes (at Nilai, Kuala Lumpur, Malaysia) https://www.instagram.com/p/CH1Je3_nbIF/?igshid=m48nl721nwbr









