Saya bergegas ke Majlis Penghargaan FSR dari Morib. Sampai-sampai terus rakan2 beritahu sudah 4 anugerah saya miss (tepuk dahi). Duduk di meja VIP meraikan tetamu kehormat Felo Pakar FSR iaitu Tuan Suhaimi Sun. Sempat sembang sat sama Prof Rahizam yang seperti kilat sampai lebih awal daripada saya dari Morib (tabik spring sama beliau). Kemudian nama dipanggil untuk anugerah kelima. Terus saya naik bersalam sama Prof Anizu yang kali pertama berjumpa sejak 3 minggu lepas (beliau ke Chicago). Sempat rakan2 ambil gambar saya bersama Prof Anizu dan Prof Firhad. Akhirnya baru boleh tarik nafas bersembang bersama pasukan PJI & ICAN & HEP. Anugerah2 ini adalah sokongan pasukan ini kepada saya. Terima kasih banyak. InsyaAllah saya akan bawa belanja di hotel sebelah. Kejayaan2 ini juga adalah sokongan rakan-rakan di FSR, UiTM, dan di industri dalam dan luar negara. Team silat dan MACS juga tidak dilupakan. Ahli-ahli keluarga yang banyak membantu khasnya ibu dan bapa saya. Doa mereka kepada Ilahi menjadi pasak kepada semua kejayaan di dunia dan akhirat. Move on 2023! Silat untuk Semua. #psgfmofficial #senigayungfatani #worldsilatfederation #pesonamalaysia #fsruitm #silatuntuksemua (at Shah Alam, Malaysia) https://www.instagram.com/p/Cp3_9b3h2erQ85GPD9-s5dVmBzz2sS2ra_8ir80/?igshid=NGJjMDIxMWI=