Alhamdulillah. Itu yang mampu kuungkapkan, Satu ungkapan yang segala puji hanya untuk Dia, Pada hari lahirku yang mengikut kalendar Islam, 14 Syawal 1438 H, Adalah hari yang diriku berubah status, Tidak kujangka, Perubahan yang kecil ini, Akan kucuba lebih serius, Akan kucuba lebih bertanggungjawab, Walaupun hati resah gelisah, Walaupun hati kurang ketenangan, Dek kerana memikirkan Dunia, Hakikatnya dengan mengingati Allah, Hati akan menjadi tenang, Namun kehidupan tetap diteruskan, Perubahan perbuatan, Mahupun pertuturan, Akan kucuba laksanakan, Segala perubahan itu, Hanya kerana Allah, Penciptaku dan segala isi ‘alam. Wallahu'alam.
#gambarrayakeempat #keretaidaman #bukanrumahaku #rumahcantik (at Padang Rengas, Perak, Malaysia)



















